Showing posts with label Asrar Piece. Show all posts
Showing posts with label Asrar Piece. Show all posts
Di Kota Kinabalu sejak dua menjak ni asyik mendung dan hujan, siang dan malam. Rindu pada matahari.
Awal tahun memang beginilah cuacanya. Menjadikan suasana siang dan malam agak dingin atau sejuk. Jaga kesihatan, dan banyakkan minum air masak.
Teringat pulak dengan kundasang.
Alhamdulillah! Hari ni ada jugak la matahari muncul. Walaupun tidak lama.
The heat of the sun, feel like a warmth of a mom's hugs. ><
----
Have it gotten colder each morning?
Kritikanmu, Pujian untukku!
Bagaimana pagi saya bermula hari ni.
TT
To get the annoyingly Exceeded Monthly Quota Notification every time and there is understandable (this is very very bad in term of user experience) but to get the error message and putting a stop to my browsing is very disappointing.
Fix the bug or replace the script should do it.
I'm still okay by the way. I'm very sure others could not hold it in. I'm simply think it is a way to test my patience and an endurance test of my mouse haha.
Don't try to guess what or how or which ... I believe one of you know.
Chill out and have a happy weekend everyone! C=
Kritikanmu, Pujian untukku!
TT
To get the annoyingly Exceeded Monthly Quota Notification every time and there is understandable (this is very very bad in term of user experience) but to get the error message and putting a stop to my browsing is very disappointing.
Fix the bug or replace the script should do it.
I'm still okay by the way. I'm very sure others could not hold it in. I'm simply think it is a way to test my patience and an endurance test of my mouse haha.
Don't try to guess what or how or which ... I believe one of you know.
Chill out and have a happy weekend everyone! C=
Kritikanmu, Pujian untukku!
Saya harap kita kenal nabi kita Muhammad SAW (sebut 'Sollallahu 'Alayhi Wassalam') bukan hanya pada tarikh lahirnya. Namun juga pada keperibadian baginda.
Kenal kita pada baginda seharusnya tidak sama ketika kita mula diajar untuk mengenal baginda ketika di bangku sekolah sehinggalah menjengah alam dewasa.
Sayangnya baginda pada kita umat akhir zaman sangat mengharukan. Sayang kita pula bagaimana? TT
Impian saya moga Allah izinkan untuk dipertemukan dengan baginda kelak.
Kenal kita pada baginda seharusnya tidak sama ketika kita mula diajar untuk mengenal baginda ketika di bangku sekolah sehinggalah menjengah alam dewasa.
Sayangnya baginda pada kita umat akhir zaman sangat mengharukan. Sayang kita pula bagaimana? TT
Impian saya moga Allah izinkan untuk dipertemukan dengan baginda kelak.
InshaAllah! Amin. C=
...
يَا هَنَانَا
Ya hana na
(Betapa Beruntungnya Kami)
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
...
Salam Maulud ar-Rasul buat semua saudara muslimku.
Moga Allah pertemukan kita dengan baginda. InshaAllah.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
Kritikanmu, Pujian untukku!
kita telah dan akan buat silap. kita manusia.
kita tidak dapat lari dari buat silap.
sama ada dari percakapan atau perbuatan.
belajar dari kesilapan dan teruskan perjalanan hidup.
jangan terlalu terbawa-bawa dengan kesilapan yang dulu.
fikir dahulu sebelum bercakap.
fikir dahulu sebelum bertindak.
kita tidak boleh menarik balik apa yang kita ucap dan buat.
tapi kita boleh memohon maaf dan belajar dari kesilapan.
kalau selalu nampak orang lain yang buat silap,
kita akan jadi orang yang gagal dalam hidup.
---
Maknanya, dah buat silap tu, mintaklah maaf.
Kalau orang dah mintak, bagi jelah.
Tak rugi pun.
Jangan pulak, asyik-asyik buat silap.
Aniaya namanya tu.
Bila engkau maafkan,
Engkau nampak hensem dan macho!
Tak gitu? ><!
Kritikanmu, Pujian untukku!
Langit biru menangis deras,
Berhentakan di Bumi gersang,
Mendodoi tidur yang bermalasan,
Menerjah alam tanpa perang.
Kaki bebas merata bertebaran,
Dunia tiada lagi sempadan,
Tangan memang terpasung tidak,
Namun masih terjajah fikiran.
Puncak tinggi ditawan sudah,
Digerudi dalam beroleh mewah,
Tidak guna harta melimpah,
Hidup masih berjiwa penjajah.
Merdeka bukan pada bangunan,
Tinggi hingga mencakar langit,
Mari tajamkan akal diasah,
Biar lawan menjadi kawan!
...
22 Syawal 1434 H bersamaan
29 Ogos 2013, Sepanggar
2020, Hujan.
Kritikanmu, Pujian untukku!
“Rabaa sign” made by raising four fingers has
become the symbol of the massacre in Egypt and Rabaa al-Adawiya Square
where the anti-coup protests take place.
Let's change our DP and Cover Photo in support of Egypt now!
Get the vectors and the files here : http://j.gs/2h3m design by +Asrarqulub Arts
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| FB Normal Post, Pinned this up on your FB wall! |
![]() |
| The Reason Why You Too Should Say No to Valentine's Day.. |
Beberapa petikan status di FB +Hilal Asyraf :
Bagi yang mencari cinta sejati,
cinta yang sejati itu dibina di atas cinta kepada Ilahi.
dan bukanlah cinta kepada Ilahi itu hanya terletak pada doa mencari jodoh dan istikharah,
tetapi pada pada segenap penjuru kehidupan kita,
sekiranya kita benar dalam cinta kita kepada Ilahi,
maka benarlah cinta kita nanti kepada manusia.
"Lelaki itu sanggup kacau-kacau saya. Mengorat-mengorat saya. Tak ada maruah ke?"
Tetapi gambar awak terdedah-dedah sana sini. Jadi, dia ingat awak memang nak suruh semua orang layan awak macam itu.
"Perempuan itu gedik la. Kacau-kacau aku. Murahan."
Tetapi gambar awak pun tak kurang gediknya. Buat ramai perempuan histeria. Macam awak tengah lambai bendera: Marilah mengada-ngada dengan saya!
"Mereka ini patut jagalah iman mereka."
Haha. Awak, janganlah duduk dalam dunia fantasi.
Awak duduk dengan manusia, bukan malaikat.
Sebab itu awak, Islam wujudkan peraturan.
Supaya awak terjaga, mereka pun selamat. ^^
PROMOSI:
![]() |
| FB Normal Post. You too can share this on your Facebook Wall |
Kritikanmu, Pujian untukku!
Sate ayam/daging adalah salah satu makanan kegemaran saya. Juga termasuk ayam atau daging panggang. Tetapi saya paling gemar ayam bxxxxxx panggang yang diperam dan dicecah dengan madu. Nyam! Nyam.
Madu disebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Nahlu yang bermaksud lebah.
''... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.''
-QS An-Nahl: 69-
Walaupun madu telah terbukti secara saintifik mengandungi pelbagai khasiat dan sangat bermanfaat untuk manusia, ia tidak bermakna ayam panggang dengan madu turut berkhasiat. Dengan kalori dan lemak yang tinggi, maka madu di situ tidak lagi berkhasiat.
Ehem.
Madu, secara sendirinya sangat menyihatkan jika diamalkan sebagai makanan sampingan harian kita. Tidak percaya? Cubalah!
***
Beberapa hari lepas, saya berkesempatan bersama rakan untuk menikmati makanan tersebut di kedai berhampiran rumah. Sangat menyelerakan.
Tetapi, selera saya terganggu dengan asap-asap hitam!
Jika madu dikenali dengan seribu satu khasiat, lawannya pula terkenal dengan seribu satu racun, iaitu rokok.
Saya secara peribadi sangat membenci rokok. Jika anda perokok, tidak bermakna saya membenci anda, kerana yang saya benci adalah rokok. R.O.K.O.K!
TAHUKAH ANDA?
Rokok jenama 'Premium' satu ketika dahulu harganya RM1-2 sekotak. Kini harganya meningkat empat kali ganda.
Menakutkan.
Namun realitinya, ia mendapat permintaan yang sangat tinggi, kerana harganya jauh lebih murah dari jenama rokok yang lain.
Kepada semua perokok tegar di luar sana. Saya yakin anda boleh berubah, kerana telah ramai orang yang telah berjaya melakukannya.
Jika mereka boleh, bukanlah alasan untuk anda kata tidak boleh. In sha Allah anda boleh melakukannya!
Saya yakin anda boleh. Anda lebih hansem dan bergaya tanpa rokok!
MADU @ RACUN
Jadikan tahun 2013 sebagai tahun perubahan untuk diri anda.
Mari bersama kita mulakan tahun baru ini dengan menjadi manusia madu dan bukannya racun. Banyakkan memberi, dan nescaya kita akan banyak menerima.
Semoga Allah merahmati, dan menilai setiap perbuatan kita sebagai amal kebajikan, In Sha Allah.
Kritikanmu, Pujian untukku!
Tidak tahu hendak tulis apa untuk menceritakan pengalaman tpada tahun 2012. Harapnya gambar di atas boleh 'bercerita' untuk saya.
Banyak benda yang tidak dicapai tahun ini. Kalau digunakan indeks KPI sebagai kayu ukur, maka prestasi tahun ini aman mendukacitakan.
Tidak cukup rasanya untuk kita cakap 'Saya sudah buat yang terbaik' sedangkan hasil masih mengecewakan. Dalam beberapa situasi, apabila dibuat penilaian semula pada diri kita didapati masih ada langkah yang kita ambil dengan sambil lewa.
Kita selalu dengar bahawa 'Usaha tangga kejayaan'. Namun jika kejayaan masih tidak kita miliki, bukan bermakna usaha kita itu sia-sia. Sebaliknya, perkara yang terjadi adalah, usaha kita masih tidak cukup untuk memperolehkan kejayaan.
Sikap malas, bertangguh, 'bersenangan', suka di zon selesa dan lari dari menyelesaikan masalah masih menjadi dominan pada diri.
Saya mengharapkan agar diri ini untuk tingkatkan usaha dan tidak berputus asa. Semoga tercapai niat membantu dan membalas jasa ibu bapa tercinta dan membantu ahli keluarga seluruhnya.
I love u mom and dad.Tidak cukup dengan hanya berkata, saya perlu laksankannya. Jika benar saya telah berusaha, hasilnya adalah berita gembira.
Semoga hajat tercapai dan saya akan pastikan ia terlaksana. In Sha Allah.
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| Singgah ke blogshop saya ye! artspiration shop |
Kepada yang mengenali diri khasnya dan semua muslimin & muslimat sekalian, diucapkan:
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!"
Mohon maaf di atas segala kesilapan yang sedar atau tidak, yang lepas dan yang akan datang.
Selamat bergembira bersama insan tersayang. Semoga kebahagiaan kekal ke syurga abadi.
Doakan semoga saya pada tahun hadapan beraya bersama famili. v(><)V
NOTA:
- Tahun ni menumpang beraya di rumah pemilik blog Tokei Ikan Bertaqwa di Kundasang, Ranau, Sabah (Terima kaseh jemput datang beraya..)
- Jangan lupa puasa enam.
- Jangan lupa zakat fitrah.
- Dan jangan juga lupa jugak sedekah doa serta Al-fatihah buat pejuang Islam di Syria, Palestin & Rohingya.
- Selamat beraya!
Kad ucapan penganti diri versi maya untuk anda. Untuk muat-turun sila right-click>save image as. Sila isi awan putih tersebut dengan ucapan anda. Jika ada yang nak versi High Resolution untuk cetakan, sila PM di Facebook atau emelkan permintaan tersebut.
Ehem... Puasa dulu baru Raya.. Sekarang dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan... Jadi, apakah yang telah kita sediakan untuk kejar Lailatul Qadar?
![]() |
| [KREDIT] |
NOTA:
- Sekarang ni Alhamdulillah banyak kerja desain masuk.
- Harap-harap dalam mengejar-ngejar deadline ni, terkejar la jugak bangun malam.
- Jom singgah gerai vektor saya! artspiration shop
- Peringatan untuk diri: kerja-kerja jugak, akhirat jangan lupa!
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| My Current FB Cover |
![]() |
| My Current FB Profile Picture |
Happy New Year Everyone! Do you want a new look of your Facebook Profile's layout? Try Facebook Timeline!
Everyone asking me to comment on FB Timeline Profile, here are my comments:
- It's kinda look like a web page/ blog: It have a header [ FB call it as 'Cover Picture'], your activities are sorted by date [that's why FB call it 'Timeline']
- Each activity (status) has their own column which makes it look nicer and neater.
- The FB cover can be utilized to promote yourself, your thought (like what I always put on my cover picture), an event or your business (you need to design them anyway)
- Well it is totally different from the old FB Profile so you do need to adapt to the new look!
- Overall? It's OSEM!
NOTE:
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| Adhoc design for KRU-ians who will receive PMR's result today kredit picture to: IKRAMTeens on FB |
So, whatever you do right NOW, do it with everything you got (no holding back) or simply DO YOUR BEST!
Later, you would not have anything to REGRET in your entire life, InsyaAllah. C=
Kritikanmu, Pujian untukku!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Aidiladha tahun ini datang dengan suasana aman dan tenteram. Tahun Ini masuk tahun kelima saya beraya (aidiladha) di perantauan.
Salam kerinduan saya titipkan buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta di kampung halaman.
Raikan Aidiladha dengan roh dan makna sebenar 'Korban' disebalik kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Bukan hanya kerana adat dan keraian diterima daripada nenek moyang.
Mari kita bersama ingati beberapa perkara tentang Aidiladha dan menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
![]() |
| May Allah bless you! |
Mulanya dengan bersin, kemudian semakin kerap bersin, hidung merah, hidung berair, hingus, batuk, sakit kepala, badan panas, sejuk, sakit tekak dan batuk lagi. Sekarang masih sejuk dan batuk sikit-sikit.
Words Speak Louder Than Action!
There is no long post to read this time. I just want to wish a 'Happy 3rd Anniversary' to my artrspiration blog and also Happy Birthday to myself.
May the Almighty Allah bless all the Moslem all over the world, and to my deer Moslem's blog readers, may you find peaceful and Lailatur al-Qadr this Ramadhan, insyaAllah!
To my beloved mom and dad, I miss you both a lots. I pray that you will always in a good health and may Allah grant you His heaven. Ameen.
Happy fasting days everyone! C=EEESEE!
Kritikanmu, Pujian untukku!




































