Showing posts with label Life Lessons. Show all posts
Showing posts with label Life Lessons. Show all posts


Sate ayam/daging adalah salah satu makanan kegemaran saya. Juga termasuk ayam atau daging panggang. Tetapi saya paling gemar ayam bxxxxxx panggang yang diperam dan dicecah dengan madu. Nyam! Nyam.

Madu disebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Nahlu yang bermaksud lebah.

''... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.''
-QS An-Nahl: 69-

Walaupun madu telah terbukti secara saintifik mengandungi pelbagai khasiat dan sangat bermanfaat untuk manusia, ia tidak bermakna ayam panggang dengan madu turut berkhasiat. Dengan kalori dan lemak yang tinggi, maka madu di situ tidak lagi berkhasiat.

Ehem.

Madu, secara sendirinya sangat menyihatkan jika diamalkan sebagai makanan sampingan harian kita. Tidak percaya? Cubalah!

***

Beberapa hari lepas, saya berkesempatan bersama rakan untuk menikmati makanan tersebut di kedai berhampiran rumah. Sangat menyelerakan.

Tetapi, selera saya terganggu dengan asap-asap hitam!



Jika madu dikenali dengan seribu satu khasiat, lawannya pula terkenal dengan seribu satu racun, iaitu rokok.

Saya secara peribadi sangat membenci rokok. Jika anda perokok, tidak bermakna saya membenci anda, kerana yang saya benci adalah rokok. R.O.K.O.K!

TAHUKAH ANDA?


Rokok jenama 'Premium' satu ketika dahulu harganya RM1-2 sekotak. Kini harganya meningkat empat kali ganda.

Menakutkan.

Namun realitinya, ia mendapat permintaan yang sangat tinggi, kerana harganya jauh lebih murah dari jenama rokok yang lain.

Kepada semua perokok tegar di luar sana. Saya yakin anda boleh berubah, kerana telah ramai orang yang telah berjaya melakukannya.

Jika mereka boleh, bukanlah alasan untuk anda kata tidak boleh. In sha Allah anda boleh melakukannya!

Saya yakin anda boleh. Anda lebih hansem dan bergaya tanpa rokok!

MADU @ RACUN

Jadikan tahun 2013 sebagai tahun perubahan untuk diri anda.

Mari bersama kita mulakan tahun baru ini dengan menjadi manusia madu dan bukannya racun. Banyakkan memberi, dan nescaya kita akan banyak menerima.

Semoga Allah merahmati, dan menilai setiap perbuatan kita sebagai amal kebajikan, In Sha Allah.


Kritikanmu, Pujian untukku!


Just put it all in the sinks. I'll do it later. but wait, 'WILL U?'
I  want to keep this up; clean or wash the dishes after cooking/ having a meals.

I always taught it like this:
If I clean it up now, I can use it later right away. No hassle up and I'm not wasting my time. So the roaches or mickey will also probably let my life be at peace.
Living alone should have no problem with this kind of attitude, but what if you have housemates?

My family taught me to wash my dishes after having the meal. Even leftover should be thrown right away as chicken or cat food.

Be wise and you can make a different.

NOTE:

  1. Arghhhh!!! (What happen?)
  2. This doodle was drawn by using a mouse and Adobe Illustrator. Even though it's still not to what I desired, but I'm getting there.
  3. Oh! ya, some call this as the house rules. In my family only my father will not do this. Well, he is the 'rules'.
  4. What yours?

Kritikanmu, Pujian untukku!