Showing posts with label Kalam Hati. Show all posts
Showing posts with label Kalam Hati. Show all posts
Langit biru menangis deras,
Berhentakan di Bumi gersang,
Mendodoi tidur yang bermalasan,
Menerjah alam tanpa perang.
Kaki bebas merata bertebaran,
Dunia tiada lagi sempadan,
Tangan memang terpasung tidak,
Namun masih terjajah fikiran.
Puncak tinggi ditawan sudah,
Digerudi dalam beroleh mewah,
Tidak guna harta melimpah,
Hidup masih berjiwa penjajah.
Merdeka bukan pada bangunan,
Tinggi hingga mencakar langit,
Mari tajamkan akal diasah,
Biar lawan menjadi kawan!
...
22 Syawal 1434 H bersamaan
29 Ogos 2013, Sepanggar
2020, Hujan.
Kritikanmu, Pujian untukku!
Terlalu banyak berita dan gambar tentang keganasan Rejim Al-Assad di internet. Terbaru berlaku tragedi pembunuhan yang mengerikan Jumaat lepas. Adakah kita PEDULI?
Hampir 15 bulan rasanya sejak rejim ini menggemparkan dunia. Syria bergolak diantara pemerintah dan rakyatnya sendiri. Ikuti berita terkini Syria di sini. Jangan lupa doamu untuk rakyat Syria!
Syria menangis, KL merempit, Putrajaya mengepop?
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| Gambar Kiri: Laporan akhbar Metro 27 Mei 2012 | Gambar Kanan : Antara 'tarikan' Himpunan Jutaan Belia 26 Mei 2012 |
HIBURAN MELAMPAU
Saya merasa sangat sedih apabila generasi muda yang miskin dengan akhlak dan ilmu seperti saya dihidangkan dengan 'pengisian' yang memburukkan lagi akhlak itu.
Jika tulisan saya ini antara lain menyebabkan orang melihat saya sebagai seorang yang tidak optimis, anti sosial, berfikiran kuno, tidak praktikal dan seumpamanya, maka saya rela dilebelkan sedemikian rupa.
Persoalannya adalah, adakah 500 artis (seperti yang dilaporkan) yang dimaksudkan sebagai pengisian rohani untuk remaja? Jika ya, apakah yang dimaksudkan dengan 'Pengisian Rohani' itu?
Saya bukan anti hiburan kerana hiburan itu perlu. Cuma kalau sudah melampau maka ia perlu ditolak sama sekali. Hiburan melampau itu kita kenali sebagai 'Hedonisme'.
![]() |
| Klik untuk besarkan gambar. |
Ketika belajar, niatkan ia untuk kehidupan bukan untuk peperiksaan. Jika tidak, pada satu ketika nanti kita akan merasai keperluan kepada ilmu tersebut. Kita menyesal kerana lupa- Jangan!
![]() |
| Halangan terbesar dalam hidup kita adalah DIRI kita sendiri! |
Setiap orang ada masalah yang membelengu diri mereka dan tidak ada manusia yang tidak mempunyai masalah.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita menghadpinya? Adakah kita menyelesaikan masalah atau hanya memikirkan perihal masalah itu sahaja?
Tanya pada diri anda,
"Adakah aku telah melakukan yang terbaik pada saat ini?
Jawapanya menyedarkan saya. Seperti baru sedar selepas koma 18 tahun lamanya. Sungguh! saya tidak menipu!
...
Setiap kali kita memulakan suatu pekerjaan atau aktiviti, tidak kiralah kecil atau besar, sikap kita pasti mempengaruhi hasil akhir pekerjaan tadi. Banyak alasan yang akan kita cipta bergantung kepada hasil akhir pekerjaan tadi. Namun jauh di sudut hati jujur kita, hanya akan ada satu perasaan yang menjelma; bahagia ATAU kecewa!
Jika anda golongan pelajar (murid sekolah dan mahasiswa) anda pasti mahu memperolehi keputusan yang terbaik.
Jika anda golongan profesional, anda mesti mahu projek anda membuahkan hasil berlipat kali ganda.
Jika anda seorang Islam, pastinya anda mahu masuk syurga dan begitulah seterusnya.
PILIHLAH BAHAGIA
Saya tahu erti bahagia itu sangat subjektif. Namun konklusinya mudah untuk saya simpulkan.
Jika kita bahagia, pasti kita merasa gembira dan tiada sesalan pun kita rasai. Kesannya bukan sahaja nampak pada fizikal, ia turut jelas pada pancaran emosi dan lakaran rohani kita.Ustaz atau ustazah kita di sekolah dulu selalu berpesan;
"Solat itu tiang agama, dan ia mampu mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar.
Perkara tersebut turut disebut di dalam Al-Quran, namun ramai di antara kita yang gagal menterjemahkannya ke dalam kehidupan. Benarkan?
"Di mana silapnya?" anda soal.
Saya tanya kembali kepada anda;
"Adakah anda telah melakukan solat yang terbaik pada saat ini?
...
Lain pula kisahnya kalau akhirnya kita merasa kecewa, perasaan sedih pasti ada dan kebarangkalian anda untuk merasa menyesal amatlah tinggi.
Sesungguhnya, saya tidak mahu merasa menyesal apatah lagi mengundang perasaan kecewa itu. Anda mahu?
"Tok! Tok! Tok!
Kamar hati anda diketuk saat ini. Lalu anda hampiri pintu dan membukanya.
"Saya KACEWA, bulih saya masyuk?
Ada tamu datang berdiri disudut hati anda meminta izin masuk ke kamar hati. Dia kelihatan sangat sadis. Dikendonganya ada bayi kecil. Anda merasa sangat terganggu dengan kehadirannya.
"Ini anak saya, MANYASAL.
Anda kerut dahi, jantung anda tiba-tiba berdegup kencang. Tangan anda berpeluh dan hati anda merasa tidak senang sekali.
...
Rupa-rupanya, perasaan bahagia dan kecewa itu tidak lain dan tidak bukan, kita sendiri yang mengundangnya. Ya anda sendiri yang mengundangnya!
Tetamu itu boleh bertukar, andai betul undangannya. Jadi siapkah yang akan anda undang?
MARI BERUBAH!
Maka jangan tindakan kita saat ini mengundang sesalan dikemudian hari. HAMKA pernah menyatakan;
"Jika anda ingin melihat gambaran sesebuah negara itu pada masa akan datang, maka lihatlah akhlak pemudanya hari ini.
Begitu juga dengan perihal diri kita. Jika kita ingin melihat siapa diri kita pada masa akan datang, maka lihatlah tindakan kita pada hari ini.
Saya akan pastikan setiap perkerjaan yang saya lakukan mulai saat ini adalah yang terbaik (insyaAllah!) supaya akhirnya nanti saya memperoleh yang terbaik pada masa akan datang.
Saya yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang kita lakukan adalah 'doa' atau permintaan kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk hambanya sesuai dengan permintaannya. Lebih yang kita minta maka lebihlah juga yang kita perolehi, insya-Allah.
Di dalam Al-quran Allah telah memperingatkan kita mengenai masa melalui Surah Al-'Asr, ayat pertama hingga akhir. Ambillah pengajaran daripadanya.
1. Demi Masa.
2. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran
Wallahu'alam
NOTA:
- Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah juga the BEST!
- Change makes change, and the only person you can change is yourself!
- Failing to plan is planning to fail!
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| Adhoc design for KRU-ians who will receive PMR's result today kredit picture to: IKRAMTeens on FB |
So, whatever you do right NOW, do it with everything you got (no holding back) or simply DO YOUR BEST!
Later, you would not have anything to REGRET in your entire life, InsyaAllah. C=
Kritikanmu, Pujian untukku!
![]() |
| Esok Ujian? |
MENGENALI DIRI
Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda masih ingat pengalaman atau perasaan ketika menduduki dan mendapatkan keputusan UPSR?
Saya pernah menduduki UPSR. Anehnya saya tidak pernah dapat memanggil kenangan bagaimanakah perasaan saya ketika menduduki mahupun mendapatkan keputusan UPSR. Adakah saya lupa?
Saya akui zaman kanak-kanak saya tidaklah begitu indah tetapi ia tidak bermakna ceritanya hambar tanpa ada makna kehidupan.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Aidiladha tahun ini datang dengan suasana aman dan tenteram. Tahun Ini masuk tahun kelima saya beraya (aidiladha) di perantauan.
Salam kerinduan saya titipkan buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta di kampung halaman.
Raikan Aidiladha dengan roh dan makna sebenar 'Korban' disebalik kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Bukan hanya kerana adat dan keraian diterima daripada nenek moyang.
Mari kita bersama ingati beberapa perkara tentang Aidiladha dan menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
![]() |
| May Allah bless you! |
Mulanya dengan bersin, kemudian semakin kerap bersin, hidung merah, hidung berair, hingus, batuk, sakit kepala, badan panas, sejuk, sakit tekak dan batuk lagi. Sekarang masih sejuk dan batuk sikit-sikit.
![]() |
| PEACE be upon you! |
Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M.
Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya.
Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kami pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kami tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.
Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru.
Usia kami jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun.
Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.
Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.
Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam.
Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan?
Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan semua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.
Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ia tidak lengkap. Kami sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya.
Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.
Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya.
Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'.
Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.
Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini?
Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara?
Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional?
Sewaktu berlakunya tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu?
Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita.
Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara?
Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.
Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini.
Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan Uumno yang semakin rapuh.
Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'.
Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia.
Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.
Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah.
Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara.
Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru.
Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau.
Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.
Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua.
Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.
Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.
SUMBER
Kritikanmu, Pujian untukku!
Doktor: “Tengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?”
Pesakit: “Tak nampak ke apa saya buat?” lelaki gila menjawab.
Doktor: “Nampak…awak sedang mengail, kan?”
Pesakit: “Huh!!…dah tahu, tanya pulak!” dengus lelaki gila tu.
Doktor itu tersenyum , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi,
Doktor: “Tapi, awak mengail apa?”
Pesakit: “….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?”
Doktor: “Hehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?”
Pesakit: “Ehh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!”
CERITERA
Dianggarkan seramai 3 juta penduduk Malaysia termasuk kanak-kanak disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi. Menurut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Kadar bunuh diri negara ini adalah setaraf negara maju iaitu Amerika Syarikat.
Mana pergi usaha dakwah dan penerangan kita? Usaha dakwah yang paling utama ialah seruan kalimah LAILAHAILLALLAH Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah , kemudian seruan solat. Inilah sahaja seruan yang dapat menyelamatkan umat manusia. Tak begitu?
Kita beria-ia menyeru rakan kita dari kaum Cina dan India menyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, tapi kita lupa menyeru mereka kepada kalimah Tauhid.
JUMLAH MEREKA YANG BUNUH DIRI MUNGKIN LEBIH TINGGI
Thursday February 10, 2011
Don: Suicide figures may be higher
PETALING JAYA: Malaysia averaged two reported cases of suicide each day last year.
The actual figure could be much higher, said Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre Professor of Psychiatry Dr T. Maniam.
Based on the National Suicide Registry Malaysia (NSRM) figure between January and August last year, a total of 425 people committed suicide, averaging 60 per month.
“Our country’s suicide rate from 1990 to 2000 is estimated at 10 to 13 per 100,000 population based on the statistics, including those labelled as undetermined deaths,” Dr Maniam said, adding that the figure was still applicable today.
Dr Maniam, who is also the Malaysian National Representative on the Council of National Representatives of the International Association for Suicide Prevention, said Malaysia’s suicide rate stood at “mid-level, globally speaking.”
“We are at about the same rate as the United States,” he said.
Dr Maniam said he had not calculated the rate in recent years as accurate data was unavailable due to misclassification of most suicides as “undetermined deaths.”
He said figures provided by the registry might not reflect the true suicide rate, and even developed countries faced this problem with about 30% of suicide cases being classified wrongly.
He said some cases were probably classified as undetermined deaths because the deceased’s family did not want to deal with the stigma surrounding suicide victims.
He added that many families were reluctant to report suicide incidents because their religion forbade it, and under Malaysian law it was a crime even to attempt suicide.
PURATA 60 ORANG BUNUH DIRI DI NEGARA INI
Thursday February 10, 2011
Average of 60 suicides per month in the country
PETALING JAYA: Two people commit suicide daily in Malaysia and experts believe the figure could be higher with the many undetermined deaths.
It is alarming that teenagers and young adults are taking their own lives in the face of mounting pressure in school, work, dealing with family issues and breakdown in relationships.
The National Suicide Registry Malaysia (NSRM) estimated that between January and August last year, a total of 425 people committed suicide, averaging 60 per month (including undetermined deaths.)
Universiti Kebangsaan Malaysia’s Professor of Psychology Dr T. Maniam said the country’s suicide rate was estimated at 10 to 13 per 100,000 people which nearly equalled that of the United States.
The Health Ministry has identified those aged between 16 and 25 as being “high risk.”
KESIMPULAN
Berita-berita ini menunjukkan bahawa kita berjaya membangunkan Malaysia dari sudut fizikal senata-mata. Kita perlu mencari solusi agar rakyat Malaysia turut membangun dari sudut emosi dan rohaninya. Melihat kepada keadaan ini, saya yakin dan percaya tidak lain dan tidak bukan ISLAM adalah jalannya.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul!
Kiritikanmu, Pujian untukku!
Yo! solamat tahun baru somuo.. ingat kot2 tahun 2011 kito ditomukan jodoh.. takpun ditomukan ajal... ajal dalam keadaa beriman... posan atuk, byklah bedoa utk kosojahteraan kito somuo.. bukan gombiro macam dalam parti2 tu... kehkehkeh.. mcm atuk ni baik bona lak kan cakap camtu.. tapi memang boto pun.. tak salah posan2 untuk kobonaran...
SELAMAT TAHUN BARU!
Kritikanmu, Pujian untukku!
SELAMAT TAHUN BARU!
Kritikanmu, Pujian untukku!






















