Showing posts with label Expresi Diri. Show all posts
Showing posts with label Expresi Diri. Show all posts


Di Kota Kinabalu sejak dua menjak ni asyik mendung dan hujan, siang dan malam. Rindu pada matahari.

Awal tahun memang beginilah cuacanya. Menjadikan suasana siang dan malam agak dingin atau sejuk. Jaga kesihatan, dan banyakkan minum air masak.

Teringat pulak dengan kundasang.


Alhamdulillah! Hari ni ada jugak la matahari muncul. Walaupun tidak lama.

The heat of the sun, feel like a warmth of a mom's hugs. ><


----
Have it gotten colder each morning?

Kritikanmu, Pujian untukku!


Datuk Seri Najib Razak bagitau Malaysia bahawa kankung turun harga.
Hoorey!

Yang lain masih naik lagi.
Teh tarik ping pun mau jugak turunkan harga.
Boleh tak?

...

Kankung goreng masak belacan sangat sedap!

Kritikanmu, Pujian untukku!


kita telah dan akan buat silap. kita manusia.
kita tidak dapat lari dari buat silap.
sama ada dari percakapan atau perbuatan.

belajar dari kesilapan dan teruskan perjalanan hidup.
jangan terlalu terbawa-bawa dengan kesilapan yang dulu.
fikir dahulu sebelum bercakap.
fikir dahulu sebelum bertindak.

kita tidak boleh menarik balik apa yang kita ucap dan buat.
tapi kita boleh memohon maaf dan belajar dari kesilapan.
kalau selalu nampak orang lain yang buat silap,
kita akan jadi orang yang gagal dalam hidup.

---

Maknanya, dah buat silap tu, mintaklah maaf.
Kalau orang dah mintak, bagi jelah.
Tak rugi pun.

Jangan pulak, asyik-asyik buat silap.
Aniaya namanya tu.

Bila engkau maafkan,
Engkau nampak hensem dan macho!

Tak gitu? ><!


Kritikanmu, Pujian untukku!



I've been neglecting this blog since ummmm last post I guess. Am I right?

So I decided to pay a visit and share something here.Well nothing much to tell you about, but I'm pretty sure everything is clearly told in the picture above.

If you receive just once it's still considered okay, but how about multiple of times? The matter is not just that. I've received this kind of message (until today) for about five times, from five different phone number.

Replying the message isn't making my feeling to get alright. It seem that the message was broadcasted using a sms-bulk-system. So there is no point of replying them.

Instead, I reply every and each of the message by asking when will the parliament dissolved. Haha...

Can I lodge a report about this annoying message?
How should I describe it in my report?
Have you encounter the same situation?



Kritikanmu, Pujian untukku!

Watch Out!

Ada seekor lalat.
Terbang rendah mencari makanan.
Bila penat, rehat sekejap.
Salah tempat, menjadi hidangan.

Kesian~  -.-"

Kritikanmu, Pujian untukku!


About a few month a go, I saw this car when I was at the ATM withdrawal some money. Took a snap of it with my cute little hand phone (which gone missing the next day) and try to search for it over the internet.

What made me attracted to this car is it size. Small like a Kancil but the car is cuter (I think this car is smaller than Kancil too). I just want to own a cute car like this.

Then a few days back, I've dreamt driving the cars myself.The feeling is so real. So real it woke me up.

I even argue myself  'what if  JPJ caught me driving without license?'.

Sweet dream should never ended. So, I went back to sleep in order to continue dreaming about it.

But you know, a sweet dream is very unique and will never come again when you woke up.

Oh! my sweet dream. -.-

Note:
  1. If you ever wonder, what car is it Google this up for the images: Smart Car for Two from Mercedes Benz. Super cute right?
  2. I definitely want to add this into my wishing list.
  3. Smart Car for (Me) Too! So cool.
  4. It starts with a dream...

Kritikanmu, Pujian untukku!

Just put it all in the sinks. I'll do it later. but wait, 'WILL U?'
I  want to keep this up; clean or wash the dishes after cooking/ having a meals.

I always taught it like this:
If I clean it up now, I can use it later right away. No hassle up and I'm not wasting my time. So the roaches or mickey will also probably let my life be at peace.
Living alone should have no problem with this kind of attitude, but what if you have housemates?

My family taught me to wash my dishes after having the meal. Even leftover should be thrown right away as chicken or cat food.

Be wise and you can make a different.

NOTE:

  1. Arghhhh!!! (What happen?)
  2. This doodle was drawn by using a mouse and Adobe Illustrator. Even though it's still not to what I desired, but I'm getting there.
  3. Oh! ya, some call this as the house rules. In my family only my father will not do this. Well, he is the 'rules'.
  4. What yours?

Kritikanmu, Pujian untukku!


Terlalu banyak berita dan gambar tentang keganasan Rejim Al-Assad di internet. Terbaru berlaku tragedi pembunuhan yang mengerikan Jumaat lepas. Adakah kita PEDULI?

Hampir 15 bulan rasanya sejak rejim ini menggemparkan dunia. Syria bergolak diantara pemerintah dan rakyatnya sendiri. Ikuti berita terkini Syria di sini. Jangan lupa doamu untuk rakyat Syria!

Syria menangis, KL merempit, Putrajaya mengepop?


Kritikanmu, Pujian untukku!


Gambar Kiri: Laporan akhbar Metro 27 Mei 2012 | Gambar Kanan : Antara 'tarikan' Himpunan Jutaan Belia 26 Mei 2012
HIBURAN MELAMPAU

Saya merasa sangat sedih apabila generasi muda yang miskin dengan akhlak dan ilmu seperti saya dihidangkan dengan 'pengisian' yang memburukkan lagi akhlak itu.

Jika tulisan saya ini antara lain menyebabkan orang melihat saya sebagai seorang yang tidak optimis, anti sosial, berfikiran kuno, tidak praktikal dan seumpamanya, maka saya rela dilebelkan sedemikian rupa.

Persoalannya adalah, adakah 500 artis (seperti yang dilaporkan) yang dimaksudkan sebagai pengisian rohani untuk remaja? Jika ya, apakah yang dimaksudkan dengan 'Pengisian Rohani' itu?

Saya bukan anti hiburan kerana hiburan itu perlu. Cuma kalau sudah melampau maka ia perlu ditolak sama sekali. Hiburan melampau itu kita kenali sebagai 'Hedonisme'.


O Allah, acknowledge their noble deeds; Ulama', Ustaz, Ustazah, teacher, lecturer and all educators around the world with the greatest bless both dunya and akhirah.

You have inspired me in so many ways, may Allah reward you with the best Jannah, Al-Firdaus!

Forgive me for any wrong doing I have done intentionally or unintentionally. From the bottom of my heart, I thank to you!

The place where I skip classes:
  1. Teratak bonda dan ayahanda, Kampung Moyan Laut, Samarahan
  2. Tadika Kemas, Muara Tuang, Samarahan
  3. SK Dato' Traoh, Samarahan
  4. SK Moyan Laut
  5. SMK Agama Matang, Kuching
  6. Kolej Matrikulasi labuan, Labuan
  7. Universiti Malaysia Sabah, Sabah
Alhamdulillah, insyaAllah, we will meet again! Happy Teachers Day!


Kritikanmu, Pujian untukku!



Tanya pada diri anda, 

"Adakah aku telah melakukan yang terbaik pada saat ini?

Jawapanya menyedarkan saya. Seperti baru sedar selepas koma 18 tahun lamanya. Sungguh! saya tidak menipu!

...

Setiap kali kita memulakan suatu pekerjaan atau aktiviti, tidak kiralah kecil atau besar, sikap kita pasti mempengaruhi hasil akhir pekerjaan tadi. Banyak alasan yang akan kita cipta bergantung kepada hasil akhir pekerjaan tadi. Namun jauh di sudut hati jujur kita, hanya akan ada satu perasaan yang menjelma; bahagia ATAU kecewa!

Jika anda golongan pelajar (murid sekolah dan mahasiswa) anda pasti mahu memperolehi keputusan yang terbaik.

Jika anda golongan profesional, anda mesti mahu projek anda membuahkan hasil berlipat kali ganda.

Jika anda seorang Islam, pastinya anda mahu masuk syurga dan begitulah seterusnya.

PILIHLAH BAHAGIA

Saya tahu erti bahagia itu sangat subjektif. Namun konklusinya mudah untuk saya simpulkan.

Jika kita bahagia, pasti kita merasa gembira dan tiada sesalan pun kita rasai. Kesannya bukan sahaja nampak pada fizikal, ia turut jelas pada pancaran emosi dan lakaran rohani kita.Ustaz atau ustazah kita di sekolah dulu selalu berpesan;

"Solat itu tiang agama, dan ia mampu mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar.

Perkara tersebut turut disebut di dalam Al-Quran, namun ramai di antara kita yang gagal menterjemahkannya ke dalam kehidupan. Benarkan?

"Di mana silapnya?" anda soal.

Saya tanya kembali kepada anda;

"Adakah anda telah melakukan solat yang terbaik pada saat ini?

...

Lain pula kisahnya kalau akhirnya kita merasa kecewa, perasaan sedih pasti ada dan kebarangkalian anda untuk merasa menyesal amatlah tinggi.

Sesungguhnya, saya tidak mahu merasa menyesal apatah lagi mengundang perasaan kecewa itu. Anda mahu?

"Tok! Tok! Tok! 

Kamar hati anda diketuk saat ini. Lalu anda hampiri pintu dan membukanya.

"Saya KACEWA, bulih saya masyuk? 

Ada tamu datang berdiri disudut hati anda meminta izin masuk ke kamar hati. Dia kelihatan sangat sadis. Dikendonganya ada bayi kecil. Anda merasa sangat terganggu dengan kehadirannya.

"Ini anak saya, MANYASAL.

Anda kerut dahi, jantung anda tiba-tiba berdegup kencang. Tangan anda berpeluh dan hati anda merasa tidak senang sekali.

...

Rupa-rupanya, perasaan bahagia dan kecewa itu tidak lain dan tidak bukan, kita sendiri yang mengundangnya. Ya anda sendiri yang mengundangnya!

Tetamu itu boleh bertukar, andai betul undangannya. Jadi siapkah yang akan anda undang?

MARI BERUBAH!

Maka jangan tindakan kita saat ini mengundang sesalan dikemudian hari. HAMKA pernah menyatakan;

"Jika anda ingin melihat gambaran sesebuah negara itu pada masa akan datang, maka lihatlah akhlak pemudanya hari ini.

Begitu juga dengan perihal diri kita. Jika kita ingin melihat siapa diri kita pada masa akan datang, maka lihatlah tindakan kita pada hari ini.

Saya akan pastikan setiap perkerjaan yang saya lakukan mulai saat ini adalah yang terbaik (insyaAllah!) supaya akhirnya nanti saya memperoleh yang terbaik pada masa akan datang.

Saya yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang kita lakukan adalah 'doa' atau permintaan kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk hambanya sesuai dengan permintaannya. Lebih yang kita minta maka lebihlah juga yang kita perolehi, insya-Allah.

Di dalam Al-quran Allah telah memperingatkan kita mengenai masa melalui Surah Al-'Asr, ayat pertama hingga akhir. Ambillah pengajaran daripadanya.

1. Demi Masa.
2. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Wallahu'alam

NOTA:

  1. Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah juga the BEST! 
  2. Change makes change, and the only person you can change is yourself!
  3. Failing to plan is planning to fail!



Kritikanmu, Pujian untukku!


Semua video yang menyertai Pertandingan Video Osem APG '11 menarik-menarik belaka. Sangat santai dalam menyampaikan mesej-mesej chenta (dakwah) dengan menggunakan elemen multimedia sebagai perantara.

Saya tidaklah sehebat mereka. Hanya mampu menulis (sedikit) dan mendoakan agar mereka terus istiqamah dalam medan dakwah (juga islah). InsyaAllah akan cuba menghasilkan karya seperti mereka.

Adhoc design for KRU-ians who will receive PMR's result today
kredit picture to: IKRAMTeens on FB
Every second in your life can never be brought back to present time. It will become history. Don't regret it later.

So, whatever you do right NOW, do it with everything you got (no holding back) or simply DO YOUR BEST!

Later, you would not have anything to REGRET in your entire life, InsyaAllah. C=

Kritikanmu, Pujian untukku!




Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan Universiti Malaysia Sabah kali ke 13. Semoga ilmu yang anda perolehi mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT! InsyaAllah!

Hijrah Wallpaper: A Spirit of Change!
Tidak dilupakan buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah! Moga Islam terus berkembang!



Kritikanmu, Pujian untukku!

Esok Ujian?
Apabila saya baca berita tentang UPSR beberapa hari lepas, saya teringat satu catatan tentang kenangan saya di sekolah rendah. Ingatan ini membuatkan saya merasa terharu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya.

MENGENALI DIRI

Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda masih ingat pengalaman atau perasaan ketika menduduki dan mendapatkan keputusan UPSR?

Saya pernah menduduki UPSR. Anehnya saya tidak pernah dapat memanggil kenangan bagaimanakah perasaan saya ketika menduduki mahupun mendapatkan keputusan UPSR. Adakah saya lupa?

Saya akui zaman kanak-kanak saya tidaklah begitu indah tetapi ia tidak bermakna ceritanya hambar tanpa ada makna kehidupan.



Saya suka mencatat apa sahaja yang saya jumpa menarik. Cerita, peristiwa, buku, kata-kata dan sebagainya. Hatta gambar pun saya catat. Sudah tabiat rasanya. Jika tidak ada buku conteng atau catatan di sisi, ‘note pad’ ditelefon bimbit pun jadilah.

Ada tiga kisah catatan yang saya ingin kongsi untuk direnungkan bersama. Semunya saya perolehi dalam satu hari beberapa minggu lepas.


We can make a different!

MAWADDAH HABIS DAH?
“Noh! Tak ada MAWADDAH ke hari ni?” Din bertanya. 
“Ada… dah habis kot…” jawab Noh mudah. 
“Apa tajuk kali ni?” Din bertanya lagi. 
“Entah! Manalah aku tau…” jawab Noh ringkas, acuh tak acuh. 
“Eh! Habis Macam mana kau tahu risalah tu dah habis?” Tanya Din bertubi. 
“Kau cakap dah tak ada tadi kan? Maksudnya dah habislah. Itu pun tak faham?”