Showing posts with label A Better Muslim. Show all posts
Showing posts with label A Better Muslim. Show all posts


Saya harap kita kenal nabi kita Muhammad SAW (sebut 'Sollallahu 'Alayhi Wassalam') bukan hanya pada tarikh lahirnya. Namun juga pada keperibadian baginda.

Kenal kita pada baginda seharusnya tidak sama ketika kita mula diajar untuk mengenal baginda ketika di bangku sekolah sehinggalah menjengah alam dewasa.

Sayangnya baginda pada kita umat akhir zaman sangat mengharukan. Sayang kita pula bagaimana? TT

Impian saya moga Allah izinkan untuk dipertemukan dengan baginda kelak. 
InshaAllah! Amin. C=

...

يَا هَنَانَا

Ya hana na
(Betapa Beruntungnya Kami) 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 


مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia


يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami


اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT


يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami


صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama


صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami


يَا هَنَانَا

ya hana na
Betapa beruntungnya kami

...

Salam Maulud ar-Rasul buat semua saudara muslimku.
Moga Allah pertemukan kita dengan baginda. InshaAllah.


Allahumma solli 'ala Muhammad.

Kritikanmu, Pujian untukku!


kita telah dan akan buat silap. kita manusia.
kita tidak dapat lari dari buat silap.
sama ada dari percakapan atau perbuatan.

belajar dari kesilapan dan teruskan perjalanan hidup.
jangan terlalu terbawa-bawa dengan kesilapan yang dulu.
fikir dahulu sebelum bercakap.
fikir dahulu sebelum bertindak.

kita tidak boleh menarik balik apa yang kita ucap dan buat.
tapi kita boleh memohon maaf dan belajar dari kesilapan.
kalau selalu nampak orang lain yang buat silap,
kita akan jadi orang yang gagal dalam hidup.

---

Maknanya, dah buat silap tu, mintaklah maaf.
Kalau orang dah mintak, bagi jelah.
Tak rugi pun.

Jangan pulak, asyik-asyik buat silap.
Aniaya namanya tu.

Bila engkau maafkan,
Engkau nampak hensem dan macho!

Tak gitu? ><!


Kritikanmu, Pujian untukku!



Langit biru menangis deras,
Berhentakan di Bumi gersang,
Mendodoi tidur yang bermalasan,
Menerjah alam tanpa perang.

Kaki bebas merata bertebaran,
Dunia tiada lagi sempadan,
Tangan memang terpasung tidak,
Namun masih terjajah fikiran.

Puncak tinggi ditawan sudah,
Digerudi dalam beroleh mewah,
Tidak guna harta melimpah,
Hidup masih berjiwa penjajah.

Merdeka bukan pada bangunan,
Tinggi hingga mencakar langit,
Mari tajamkan akal diasah,
Biar lawan menjadi kawan!

...

22 Syawal 1434 H bersamaan
29 Ogos 2013, Sepanggar
2020, Hujan.


Kritikanmu, Pujian untukku!

FB Normal Post, Pinned this up on your FB wall!
The Reason Why You Too Should Say No to Valentine's Day..

Beberapa petikan status di FB +Hilal Asyraf :

Bagi yang mencari cinta sejati,
cinta yang sejati itu dibina di atas cinta kepada Ilahi.
dan bukanlah cinta kepada Ilahi itu hanya terletak pada doa mencari jodoh dan istikharah,
tetapi pada pada segenap penjuru kehidupan kita,
sekiranya kita benar dalam cinta kita kepada Ilahi,
maka benarlah cinta kita nanti kepada manusia.

"Lelaki itu sanggup kacau-kacau saya. Mengorat-mengorat saya. Tak ada maruah ke?"
Tetapi gambar awak terdedah-dedah sana sini. Jadi, dia ingat awak memang nak suruh semua orang layan awak macam itu.
"Perempuan itu gedik la. Kacau-kacau aku. Murahan."
Tetapi gambar awak pun tak kurang gediknya. Buat ramai perempuan histeria. Macam awak tengah lambai bendera: Marilah mengada-ngada dengan saya!

"Mereka ini patut jagalah iman mereka."
Haha. Awak, janganlah duduk dalam dunia fantasi.
Awak duduk dengan manusia, bukan malaikat.
Sebab itu awak, Islam wujudkan peraturan.
Supaya awak terjaga, mereka pun selamat. ^^


PROMOSI:

FB Normal Post. You too can share this on your Facebook Wall




Kritikanmu, Pujian untukku!

Just put it all in the sinks. I'll do it later. but wait, 'WILL U?'
I  want to keep this up; clean or wash the dishes after cooking/ having a meals.

I always taught it like this:
If I clean it up now, I can use it later right away. No hassle up and I'm not wasting my time. So the roaches or mickey will also probably let my life be at peace.
Living alone should have no problem with this kind of attitude, but what if you have housemates?

My family taught me to wash my dishes after having the meal. Even leftover should be thrown right away as chicken or cat food.

Be wise and you can make a different.

NOTE:

  1. Arghhhh!!! (What happen?)
  2. This doodle was drawn by using a mouse and Adobe Illustrator. Even though it's still not to what I desired, but I'm getting there.
  3. Oh! ya, some call this as the house rules. In my family only my father will not do this. Well, he is the 'rules'.
  4. What yours?

Kritikanmu, Pujian untukku!

Adobe Illustrator CS5

Bunga cantik dipandang, tapi pudar tidak kekal lama,
Budi baik cemerlang, tapi dikenang sehayat terasa.

Salam Ma'al Hijrah tahun 1434 H.

Jangan malas-malas!

1 Muharram 1434 H,
Taman Kingfisher, Sepanggar,
Sabah di Bawah Bayu.

Facebook Profile
Facebook Cover
Ramadhan karim datang lagi, kali ini pada tahun 1433H. Bagaimanakah cara kita menyambutnya? Dengan gembira atau tidak merasa apa-apa? Moga Ramadhan kali ini kita bertemu rahmatnya, insyaAllah bersama kita kejar keberkatan Ramadhan.

Ramadhan karim bulan berpuasa. Menguji iman dan taqwa. Jika kita beriman kepada Allah, sejauh manakah kita dekat kepada-Nya? Sejauh mana kita merasa takut kepada Allah? Hati yang dekat kepada Allah, adalah mereka yang tinggi pengharapannya kepada Allah.

Ramadhan karim bulan tingkatkan taqwa. Tidak ada yang tahu jika kita benar-benar 'berpuasa' malainkan diri kita dan Allah SWT. Jika kita takut kepada Allah, puasa kita bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, bahkan lebih dari itu. Awas! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui! Moga kita adalah diantaranya.

Ramadhan karim menguji kita. Adakah kita benar-benar berpuasa? Tidak makan, tidak minum, menjaga mata, menjaga mulut, menjaga telinga dan hati kita dari perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa atau membatalkannya. Moga segala amalan kita diterima.

Ramadhan karim serlahkan diri kita. Lihat bagaimanakah 'attitude' kita di bulan mulia ini. Adakah ada persamaannya di luar Ramadhan? Baiki diri, baiki iman dan taqwa. Moga diri kita ada manfaatnya pada orang.

Salam Ramadhan karim. Selamat berpuasa dan berbuka!

Wallahu'alam.

Kritikanmu, Pujian untukku!


Gambar Kiri: Laporan akhbar Metro 27 Mei 2012 | Gambar Kanan : Antara 'tarikan' Himpunan Jutaan Belia 26 Mei 2012
HIBURAN MELAMPAU

Saya merasa sangat sedih apabila generasi muda yang miskin dengan akhlak dan ilmu seperti saya dihidangkan dengan 'pengisian' yang memburukkan lagi akhlak itu.

Jika tulisan saya ini antara lain menyebabkan orang melihat saya sebagai seorang yang tidak optimis, anti sosial, berfikiran kuno, tidak praktikal dan seumpamanya, maka saya rela dilebelkan sedemikian rupa.

Persoalannya adalah, adakah 500 artis (seperti yang dilaporkan) yang dimaksudkan sebagai pengisian rohani untuk remaja? Jika ya, apakah yang dimaksudkan dengan 'Pengisian Rohani' itu?

Saya bukan anti hiburan kerana hiburan itu perlu. Cuma kalau sudah melampau maka ia perlu ditolak sama sekali. Hiburan melampau itu kita kenali sebagai 'Hedonisme'.


O Allah, acknowledge their noble deeds; Ulama', Ustaz, Ustazah, teacher, lecturer and all educators around the world with the greatest bless both dunya and akhirah.

You have inspired me in so many ways, may Allah reward you with the best Jannah, Al-Firdaus!

Forgive me for any wrong doing I have done intentionally or unintentionally. From the bottom of my heart, I thank to you!

The place where I skip classes:
  1. Teratak bonda dan ayahanda, Kampung Moyan Laut, Samarahan
  2. Tadika Kemas, Muara Tuang, Samarahan
  3. SK Dato' Traoh, Samarahan
  4. SK Moyan Laut
  5. SMK Agama Matang, Kuching
  6. Kolej Matrikulasi labuan, Labuan
  7. Universiti Malaysia Sabah, Sabah
Alhamdulillah, insyaAllah, we will meet again! Happy Teachers Day!


Kritikanmu, Pujian untukku!

Klik untuk besarkan gambar.
Mempelajari bahasa Arab pada satu ketika dahulu merupakan satu cabaran buat saya. Tetapi mempelajari bahasa Mandarin jauh lebih mencabar.

Ketika belajar, niatkan ia untuk kehidupan bukan untuk peperiksaan. Jika tidak, pada satu ketika nanti kita akan merasai keperluan kepada ilmu tersebut. Kita menyesal kerana lupa- Jangan!


Halangan terbesar dalam hidup kita adalah DIRI kita sendiri!

Setiap orang ada masalah yang membelengu diri mereka dan tidak ada manusia yang tidak mempunyai masalah.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita menghadpinya? Adakah kita menyelesaikan masalah atau hanya memikirkan perihal masalah itu sahaja?

May Allah bless us all.

Do it now!

InsyaAllah, let we work to get there!

Don't lose control, be C=ool!

NOTA:

  1. Yes you can download and use them as much as you can
  2. Thank you for dropping by
  3. Have a good day, everyone!


Kritikanmu, Pujian untukku!



Tanya pada diri anda, 

"Adakah aku telah melakukan yang terbaik pada saat ini?

Jawapanya menyedarkan saya. Seperti baru sedar selepas koma 18 tahun lamanya. Sungguh! saya tidak menipu!

...

Setiap kali kita memulakan suatu pekerjaan atau aktiviti, tidak kiralah kecil atau besar, sikap kita pasti mempengaruhi hasil akhir pekerjaan tadi. Banyak alasan yang akan kita cipta bergantung kepada hasil akhir pekerjaan tadi. Namun jauh di sudut hati jujur kita, hanya akan ada satu perasaan yang menjelma; bahagia ATAU kecewa!

Jika anda golongan pelajar (murid sekolah dan mahasiswa) anda pasti mahu memperolehi keputusan yang terbaik.

Jika anda golongan profesional, anda mesti mahu projek anda membuahkan hasil berlipat kali ganda.

Jika anda seorang Islam, pastinya anda mahu masuk syurga dan begitulah seterusnya.

PILIHLAH BAHAGIA

Saya tahu erti bahagia itu sangat subjektif. Namun konklusinya mudah untuk saya simpulkan.

Jika kita bahagia, pasti kita merasa gembira dan tiada sesalan pun kita rasai. Kesannya bukan sahaja nampak pada fizikal, ia turut jelas pada pancaran emosi dan lakaran rohani kita.Ustaz atau ustazah kita di sekolah dulu selalu berpesan;

"Solat itu tiang agama, dan ia mampu mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar.

Perkara tersebut turut disebut di dalam Al-Quran, namun ramai di antara kita yang gagal menterjemahkannya ke dalam kehidupan. Benarkan?

"Di mana silapnya?" anda soal.

Saya tanya kembali kepada anda;

"Adakah anda telah melakukan solat yang terbaik pada saat ini?

...

Lain pula kisahnya kalau akhirnya kita merasa kecewa, perasaan sedih pasti ada dan kebarangkalian anda untuk merasa menyesal amatlah tinggi.

Sesungguhnya, saya tidak mahu merasa menyesal apatah lagi mengundang perasaan kecewa itu. Anda mahu?

"Tok! Tok! Tok! 

Kamar hati anda diketuk saat ini. Lalu anda hampiri pintu dan membukanya.

"Saya KACEWA, bulih saya masyuk? 

Ada tamu datang berdiri disudut hati anda meminta izin masuk ke kamar hati. Dia kelihatan sangat sadis. Dikendonganya ada bayi kecil. Anda merasa sangat terganggu dengan kehadirannya.

"Ini anak saya, MANYASAL.

Anda kerut dahi, jantung anda tiba-tiba berdegup kencang. Tangan anda berpeluh dan hati anda merasa tidak senang sekali.

...

Rupa-rupanya, perasaan bahagia dan kecewa itu tidak lain dan tidak bukan, kita sendiri yang mengundangnya. Ya anda sendiri yang mengundangnya!

Tetamu itu boleh bertukar, andai betul undangannya. Jadi siapkah yang akan anda undang?

MARI BERUBAH!

Maka jangan tindakan kita saat ini mengundang sesalan dikemudian hari. HAMKA pernah menyatakan;

"Jika anda ingin melihat gambaran sesebuah negara itu pada masa akan datang, maka lihatlah akhlak pemudanya hari ini.

Begitu juga dengan perihal diri kita. Jika kita ingin melihat siapa diri kita pada masa akan datang, maka lihatlah tindakan kita pada hari ini.

Saya akan pastikan setiap perkerjaan yang saya lakukan mulai saat ini adalah yang terbaik (insyaAllah!) supaya akhirnya nanti saya memperoleh yang terbaik pada masa akan datang.

Saya yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang kita lakukan adalah 'doa' atau permintaan kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk hambanya sesuai dengan permintaannya. Lebih yang kita minta maka lebihlah juga yang kita perolehi, insya-Allah.

Di dalam Al-quran Allah telah memperingatkan kita mengenai masa melalui Surah Al-'Asr, ayat pertama hingga akhir. Ambillah pengajaran daripadanya.

1. Demi Masa.
2. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Wallahu'alam

NOTA:

  1. Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah juga the BEST! 
  2. Change makes change, and the only person you can change is yourself!
  3. Failing to plan is planning to fail!



Kritikanmu, Pujian untukku!

Dengan ini diumumkan pemenang! Piece!
Ehem. Sebelum diumumkan siapakah pemenang bagi pertandingan Video OSEM APG '11, saya ingin menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh beberapa individu OSEM yang berani bertanya kepada saya.

"APG tu amende?
Kepanjangan APG adalah Angel Pakai Gucci yakni tajuk blog yang beralamat di angelwearsgucci dot blogspot dot com dikendalikan oleh Inche (Encik) Gabbana (nama pena penulis blog tersebut).



Upon browsing on YouTube the other day, I found this cool video (song actually) about Friday. The original song is Parody of Rebecca Black's "Friday". I din't know about it until my friend mention it.

Enjoy the song and listen well on the lyric posted.