Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Aidiladha tahun ini datang dengan suasana aman dan tenteram. Tahun Ini masuk tahun kelima saya beraya (aidiladha) di perantauan.

Salam kerinduan saya titipkan buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta di kampung halaman.

Raikan Aidiladha dengan roh dan makna sebenar 'Korban' disebalik kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Bukan hanya kerana adat dan keraian diterima daripada nenek moyang.

Mari kita bersama ingati beberapa perkara tentang Aidiladha dan menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.



Hari ‘Arafah ialah hari ke sembilan dalam bulan Zulhijjah (tahun ini bersamaan 5 November 2011). Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi  SAW bersabda;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah;
Hadis dari Abu Qatadah r.a. yang  menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).


Jangan lupa solat sunat Aidiladha untuk muslimin dan juga muslimat. Tahun ini Aidiladha jatuh pada 6 November 2011 (Sabtu) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 H.

Berikut merupakan amalan-amalan sunat yang boleh kita ikuti untuk memperoleh pahala di Aidiadha:
  1. Mengenakan pakaian yang terbaik ke masjid
  2. Tidak makan seperti kebiasaan (bersarapan) kecuali selepas menunaikan solat sunat Aidiadha
  3. Pergi dan balik ke masjid dengan menggunakan jalan yang berbeza
  4. Jadikanlah Aidiladha sebagai hari pengerat silaturahim sesama muslim


Ramai mungkin lupa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Kisah pengorbanan mereka perlu diceritakan dengan penuh hikmah kepada generasi muda.

Mari bersama belajar sirah dan ibrah daripada kisah utusan Allah. Semoga ia menjadikan kita seorang hamba, kuat iman dan taqwanya seperti Ibrahim dan anaknya Ismail.

Wallahu'alam.

Buat saudara mara, sahabat handai, teman, rakan dan taulan serta kenalan; diucapkan
Selamat Hari Raya Korban 1432 H 

Salam daripada perantauan. Kota Kinabalu, Sabah


Kritikanmu, Pujian untukku!



2 Responses so far.

  1. Abdi Ilahi says:

    sambut aidiladha di rantau orang juga satu pengorbanan.
    moga thabat di jln dakwah ini.

    wassalam~

  2. InsyaAllah... Terina kasih ats doanya...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=