Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan Universiti Malaysia Sabah kali ke 13. Semoga ilmu yang anda perolehi mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT! InsyaAllah!

Hijrah Wallpaper: A Spirit of Change!
Tidak dilupakan buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah! Moga Islam terus berkembang!



Kritikanmu, Pujian untukku!

Esok Ujian?
Apabila saya baca berita tentang UPSR beberapa hari lepas, saya teringat satu catatan tentang kenangan saya di sekolah rendah. Ingatan ini membuatkan saya merasa terharu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya.

MENGENALI DIRI

Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda masih ingat pengalaman atau perasaan ketika menduduki dan mendapatkan keputusan UPSR?

Saya pernah menduduki UPSR. Anehnya saya tidak pernah dapat memanggil kenangan bagaimanakah perasaan saya ketika menduduki mahupun mendapatkan keputusan UPSR. Adakah saya lupa?

Saya akui zaman kanak-kanak saya tidaklah begitu indah tetapi ia tidak bermakna ceritanya hambar tanpa ada makna kehidupan.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Aidiladha tahun ini datang dengan suasana aman dan tenteram. Tahun Ini masuk tahun kelima saya beraya (aidiladha) di perantauan.

Salam kerinduan saya titipkan buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta di kampung halaman.

Raikan Aidiladha dengan roh dan makna sebenar 'Korban' disebalik kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Bukan hanya kerana adat dan keraian diterima daripada nenek moyang.

Mari kita bersama ingati beberapa perkara tentang Aidiladha dan menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.