Hari ini saya berasa agak penat sebab bejalan kaki lebih dari 3km (kot?) dari tempat kerja ke tempat kediaman, al-maklumlah tidak ada kenderaan sendiri. Sebelum 'punch card' tadi saya sempat tag beberapa orang kawan saya yang terpilih di FACEBOOK dengan gambar di atas. Mereka ni di antara orang yang saya kenal sangat murah dengan senyuman.

Harap-harap tabiat tersebut sudah sebati dengan mereka sebab kebanyakkan daripada mereka sudah lama saya tidak bersua, hanya di alam maya sahaja dapat berhubung. Bila tengok balik gambar ini, penat saya rasa hilang sebab tiba-tiba tersenyum sendiri melihat lucunya gambar ini.

Semoga sentiasa senyum selalu, kerana senyuman boleh membangkitkan kegembiraan. Senyum itu SEDEKAH! : )

P/S: Jangan memanjang pulak senyum tu. Nanti orang fikir kita gila pulak! hehe...

Kritikanmu, Pujian untuku!

One Response so far.

  1. Ainuddin says:

    senyum manih leting...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=