PELAN MASA HADAPAN
Saya berharap untuk meninggalkan zaman kampus ini dengan seribu satu kenangan juga pengalaman. Memang benar pesan senior saya bahawa tahun terakhir untuk kursus-kursus tertentu sangat memenatkan, dan kadangkala boleh bertukar menjadi menakutkan. Baru sekarang saya merasai sendiri sejauh mana kebenarannya kerana telah dan sedang menghadapinya.

Tambahan pula jika kita ini pemimpin pelajar, ‘satu subjek’ yang tidak tersenarai di dalam propektus kursus pelajar, tetapi memang ada ditawarkan. Boleh menambahkan beban, juga pengalaman.

Saat-saat ketika berkempen untuk meraih undi sangat mengujakan. Apabila telah berjaya meraih undi kemenangan, di dalam kotak pemikiran telah tersimpan bermacam-macam perubahan yang hendak dilaksanakan. Menunggu untuk dimuntahkan sahaja.

Jangan pula kita bertanding dan menang lalu hanya duduk diam. Jangan pula kita ke hadapan memimpin orang, tetapi pelajaran mundur kebelakang dan jangan pula kita lebih mengata orang tetapi kita tidak ke hadapan memilih untuk membuat perubahan.

FAIL TO PLAN IS PLAN TO FAIL
Merancang untuk kemenangan, biarpun kemudiannya kalah, kita masih memperoleh pengalaman. Tidak merancang, walaupun menang kemudianya, sebenarnya telahpun kalah dipertengahan jalan.

Saya ingin jelaskan di sini, jika kita telah merancang setiap langkah yang bakal kita ambil, biarpun rancangan tersebut gagal kita masih memperoleh pengalaman. Maka belajarlah daripada kegagalan tersebut. Maka barulah terasa manisnya menang yang akan kita perolehi kelak.

Jika kita tidak merancang lansung, percayalah hanya kerugian yang akan kita perolehi. Membazir masa, tenaga dan wan

Orang yang merancang, mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai, maka sebaliknya orang yang tidak merancang, mereka tidak ada matlamat yang jelas untuk dicapai.

Kita merancang, Allah juga merancang, maka rancangan yang terbaik datangnya daripada Allah SWT.

Oleh itu saya mengharapkan agar rancangan yang telah saya rencanakan ‘parallel’ dengan ketentuan yang telah Allah takdirkan. Saya berdoa semoga Allah turut kurniakan kekuatan untuk saya menempuhi semester ini dengan menyelitkan hikmah pengalaman dan pengajaran.

Saya turut memohon agar teman-teman memberi saya dorongan dan juga kata peransang supaya bersama-sama kita maju kehadapan untuk memperolehi kecemerlangan fiddunnia wal akhirah.

Wallahu’alam.

Kritikanmu, Pujian untuku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=