4 orang kenit berada di sebelah bahagian hutan yang menakutkan. Mereka perlu merentasi hutan tersebut untuk ke sebelah bahagian yang lain.

Mereka dapat merentasi hutan tersebut dengan selamat jika mereka ditemani dengan cahaya lampu.

Bersama-sama mereka hanya terdapat satu lilin yang kecil yang hanya boleh menyala selama 18 minit. Tetapi mereka kurang bernasib baik kerana cahaya itu hanya membekalkan cahaya yang cukup untuk 2 orang sahaja dala satu-satu masa.

Sebahagian orang kenit boleh berjalan lebih laju daripada yang lain.

Seorang daripada mereka boleh berjalan merentasi hutan tersebut selama 1 minit, dua orang daripada mereka masing-masing mampu menyeberang hutan tersebut selama dua minit dan lima minit, dan yang paling perlahan mengambil masa sepuluh minit untuk merentasi hutan berkenaan.

Jika dua orang kenit telah berada di sebelah bahagian, tentulah salah seorang daripada mereka perlu kembali semula ke tempat awal dengan membawa lilin itu semula.

Jika semua orang kenit itu ingin pergi ke sebelah bahagian yang lain itu secepat yang mungkin sebelum lilin terpadam, bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan?

(jawapan akan diumumkan dalam post yang akan datang)

Sekian, selamat mencuba....

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=