Friday, January 15, 2010

SUBJEK YANG TIDAK DISENARAIKAN



PELAN MASA HADAPAN
Saya berharap untuk meninggalkan zaman kampus ini dengan seribu satu kenangan juga pengalaman. Memang benar pesan senior saya bahawa tahun terakhir untuk kursus-kursus tertentu sangat memenatkan, dan kadangkala boleh bertukar menjadi menakutkan. Baru sekarang saya merasai sendiri sejauh mana kebenarannya kerana telah dan sedang menghadapinya.

Tambahan pula jika kita ini pemimpin pelajar, ‘satu subjek’ yang tidak tersenarai di dalam propektus kursus pelajar, tetapi memang ada ditawarkan. Boleh menambahkan beban, juga pengalaman.

Saat-saat ketika berkempen untuk meraih undi sangat mengujakan. Apabila telah berjaya meraih undi kemenangan, di dalam kotak pemikiran telah tersimpan bermacam-macam perubahan yang hendak dilaksanakan. Menunggu untuk dimuntahkan sahaja.

Jangan pula kita bertanding dan menang lalu hanya duduk diam. Jangan pula kita ke hadapan memimpin orang, tetapi pelajaran mundur kebelakang dan jangan pula kita lebih mengata orang tetapi kita tidak ke hadapan memilih untuk membuat perubahan.

FAIL TO PLAN IS PLAN TO FAIL
Merancang untuk kemenangan, biarpun kemudiannya kalah, kita masih memperoleh pengalaman. Tidak merancang, walaupun menang kemudianya, sebenarnya telahpun kalah dipertengahan jalan.

Saya ingin jelaskan di sini, jika kita telah merancang setiap langkah yang bakal kita ambil, biarpun rancangan tersebut gagal kita masih memperoleh pengalaman. Maka belajarlah daripada kegagalan tersebut. Maka barulah terasa manisnya menang yang akan kita perolehi kelak.

Jika kita tidak merancang lansung, percayalah hanya kerugian yang akan kita perolehi. Membazir masa, tenaga dan wan

Orang yang merancang, mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai, maka sebaliknya orang yang tidak merancang, mereka tidak ada matlamat yang jelas untuk dicapai.

Kita merancang, Allah juga merancang, maka rancangan yang terbaik datangnya daripada Allah SWT.

Oleh itu saya mengharapkan agar rancangan yang telah saya rencanakan ‘parallel’ dengan ketentuan yang telah Allah takdirkan. Saya berdoa semoga Allah turut kurniakan kekuatan untuk saya menempuhi semester ini dengan menyelitkan hikmah pengalaman dan pengajaran.

Saya turut memohon agar teman-teman memberi saya dorongan dan juga kata peransang supaya bersama-sama kita maju kehadapan untuk memperolehi kecemerlangan fiddunnia wal akhirah.

Wallahu’alam.

Kritikanmu, Pujian untuku!


Teruskan Membaca...

Tuesday, January 12, 2010

Mahu Masuk SYURGA atau NERAKA?



New Year Spirit!
Ketika saya menulis artikel ini, dada saya masih sakit, sesak susah hendak bernafas. Apabila saya tersedar daripada tidur, tergenggam handphone di tangan. Susah hendak saya lelapkan mata malam tadi kerana menahan sakit dan ketika itulah bertalu-talu mesej masuk.


“Tahun baru la.” Detik hati saya tiba-tiba.

Tidak terlambat rasanya jika saya ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirai, maka masuk tahun 2010, jika mengikut kalendar masihi.

Tetapi aneh pula saya rasakan kerana teringatkan pula kepada hari Arafah dalam bulan Zulhijjah yang telah berlalu menyambut 1431 Hijrah datang.

“Selamat tahun baru!” sapa seorang kawan.

“Ya, terima kasih. Selamat tahun baru jugak.” Saya sambut sapaannya dengan senyuman. Sedekah bisik hati saya.

SEMESTER YANG MENAKUTKAN
Tahun ini dimulakan dengan semester baru, juga semester terakhir saya di Universiti Malaysia Sabah (InsyaAllah). Terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke negeri ‘Di Bawah Bayu’ ini.

Semester ini saya mendaftar subjek dengan jumlah jam kredit sebanyak 22, iaitu mewakili lapan subjek kesemuanya.

Menakutkan bukan? Namun itulah yang bakal saya hadapi semester ini.

Satu subjek ulang yang tidak dikira dalam jam kredit kerana ‘kes khas’, dua subjek tanpa kelas (Projek II dan Latihan Industri) dan selebihnya adalah subjek teras sekolah atau program yang masing-masing mempunyai satu kuliah wajib, satu kelas tutorial, satu projek, dan satu sesi makmal.

Semua semester yang telah saya lalui turut dihadapi dengan jumlah jam kredit yang hampir sama, dan saya berjaya mengharunginya. Entah bagaimanakah pula laluan yang bakal saya tempuhi untuk semester kali ini.

Pada awal permulaan semester ini lagi saya telah diuji. Bukan kepada perkara-perkara yang kecil dan main-main kerana semuanya perlu kepada rancangan juga penyelesaian yang serius. Sakit kepala dibuatnya.

S.A.Y.A.N.G
Kawan saya pernah mengingatkan saya ketika saya mengeluh perihal masalah saya kepadanya dengan menyatakan:

"Allah sayang kamu lebih, jadi dia uji kamu lebih. Kamu mesti rasa benda pahit dahulu, baru kamu kenal rasa manis. Dunia itu pahit, syurga pula manis. Tapi jika dunia rasa manis, maka kamu kena rasa pahit neraka. Jadi mahu masuk neraka atau syurga?”

Tajam betul soalan yang dia ajukan. Rasa tenteram pulak hati saya apabila mengingatkannya. Baru saya sedar betapa rapuhnya iman atau kebergantungan saya kepada rab yang menciptakan seluruh alam.

"Kamu mahu masuk SYURGA atau NERAKA?"

Soalan ini membangkitkan rasa sedar saya bertapa kecilnya ujian yang saya hadapi, namun pinta hati agar dikurniakan akan sesuatu yang teramat besar, yakni syurga. Tidak pula saya mahu dimasukkan ke dalam neraka.

Allah memberikan kita ujian, yang boleh menambahkan keimanan kita kepadaNya juga boleh menyebabkan kita semakin jauh kepadanya (nauu'zubillah min zalik).

Wallahu’alam.

Kritikanmu, Pujian buatku!


Teruskan Membaca...

Friday, January 8, 2010

BENARKAN SAYA BEREHAT


Diagnostik

‘Palpitation, high body metabolism, eyes ring, tend to fatigue, excessive sweating (hyperhidrosis)…’

"Saya rabun jauh, tapi kalau hari-hari baca tulisan macam ni, alamatnya boleh dapat rabun dekat..." saya menyindir.

Tulisan seorang doktor memang sukar untuk dibaca. Setelah diteliti dan dibaca berulangkali baru saya dapat mengagak-agak perkataan yang ditulis oleh seorang doktor apabila dia menulis diagnostiknya terhadap pesakitnya.

Saya tidak faham dan kadang-kadang tertanya-tanya ‘mengapakah setiap doktor yang saya jumpa mempunyai tulisan yang sama?’ dan seringkali juga saya menambah ‘lebih teruk daripada cakar ayam’.

Paling aneh apabila doktor berkenaan menulis preskripsi ubat kepada pesakitnya (dengan tulisan yang sama) , patron yang membacanya dengan ‘senang hati’ memahaminya lantas boleh menuruti preskripsi berkenaan.

“Dad. What does it says? I could not understand anything?” Tanya seorang budak memandang atas sekeping kertas.

“Just leave it be, son. That is how doctor work.” Jawab ayahnya mudah.

“Why the doctor hand writing is so …”

“They are too busy with their patient that is why they need to rush on every single unnecessary thing, like writing. Now, you should not talking until you eat you medicine.” Celah ayahnya lalu mematikan perbualan mereka.

Saya ketawa kecil melihat reaksi si anak apabila ayahnya menjawab sedemikian. Keningnya berkerut, bibirnya dimuncungkan dan matanya masih memandang preskripsi ubat ditangannya. Penuh dengan seribu satu soalan.

Salah Baca

Saya pernah membayangkan seandainya patron yang membaca preskripsi berkenaan tersilap membaca preskripsi ubat lalu memberi ubat yang salah kepada pesakit. Barangkali pernah saya mengagak. Agaknya adakah peristiwa seperti ini pernah dijadikan berita? Malangnya tidak pernah, jika ada sekalipun, pasti ‘tidak boleh’ disiarkan.

Pernah juga saya ajukan soalan berkenaan kepada bakal doktor di tempat saya. Asalnya doktor dan patron si tukang pembaca preskripsi telah lama bekerja bersama-sama, maka mereka saling memahami. Bahkan mana mungkin seorang patron itu calang-calang orangnya.

Mereka itu telah dilatih dan terlatih, maka logiknya mereka juga ‘sebahagian daripada doktor’ yang turut boleh membuat diagnostik terhadap pesakit. Saya lega dengan jawapan berkenaan, tetapi masih tidak dapat memuaskan hati kerana mereka tidak menjawab lagi perihal ‘cakar ayam’.

Barangkali bakal doktor, kawan-kawan saya di luar sana juga bakal mempunya tulisan yang sama. Saya harap tidak. Tulisan mereka sangat cantik sehingga pesakit mereka sangat senang membacanya. Saya harap.

Bukan Berita Gembira

“Jika tulisan doktor itu senang dibaca, pesakitnya bertambah sakit.” Celah kawan saya bergurau.

“Kenapa pulak?” Saya bertanya.

“Kita sakit kepala tak pa lagi. Kalau yang dapat cancer? Kau mahu orang nampak kad sakit kau dan tertulis di situ: Cancer tahap terakhir, masa hidup dijangka sebulan. Jadi yang sakit, betambah sakit sebab hilang akal mau sembunyikan kad sakit…” dia menyudahkan ayatnya.

Kami ketawa bersama-sama, gurauanya menjadi. Saya tidak menyangka perkara begitu boleh menjadi begitu serius, dan boleh pula dijadikan bahan gurauan.

“Ba, berehatlah… Esok sabtu, jadi tidurlah puas-puas. Hari Isnin kita jumpa lagi. Kami balik dulu.” Usul kawan saya mahu balik pulang.

“Ok. Jalan baik-baik!” pesan saya sebelum mereka balik.

Saya letih sebab hari yang terlalu panjang. Penat kerana banyak aktiviti luar. Pucat kerana salah diet makanan. Sedih sebab tidak dapat datang program. Gembira sebab dapat tidur malam.

9.00 pm- 08012010

Kritikanmu, Pujian buatku!


Teruskan Membaca...

Saturday, January 2, 2010

Tak ada idea?


Mari Menulis!

Sejak beberapa hari lepas, saya tercari-cari kemanakah hilangnya semangat saya untuk terus menulis untuk blog saya ini. Tulisannya telah ada, dan saya simpan selama tiga bulan lamanya. Ramai yang bertanya kepada saya dari manakah sumber idea itu datang suatu ketika dahulu. Anehnya saya tidak dapat ingat akan jawapan yang saya berikan kepada mereka.

Semua perkara boleh dijadikan cerita, cuma terpulang kepada kita bagaimana hendak menulisnya. Jika kita ikhlas dalam memberikan cerita, semua orang akan merasa senang mendengarnya. Jika kita bersungguh dalam membuat cerita, semua orang akan tertarik untuk memahaminya. Maka, cerita itu bahan tulisan kita.

Cerita itu boleh jadi pengalaman, kenangan, pengajaran, pengumuman, perkongsian, berita, hebahan, buah fikiran, komentar dan ...

Sebenarnya kita ada banyak bahan cerita, cuma kita selalu kata ‘tak tahu mahu tulis apa’.

Nasihat saya, biarlah hari ini kita menulis sebaris kata, esok kita menambah bilanganya. Alasan saya mudah sahaja, jangan hari ini kita boleh menulis cerita sehingga dijadikan novel, maka esok lusa kita berhenti kerana membandingkan hari semalam yang lebih berjaya.

Menulis perlu dipupuk minatnya, juga diasah jika telah ada. Sebab itu saya lebih suka menulis ketika saya rasa saya hendak menulis, dan berhenti jika hati dah kata ‘boring’. Sehingga satu ketika baru kita sedar yang ditulis itu berjela-jela panjangnya.

Ini sekadar perkongsian, bagaimana saya mula menanam sikap menulis semua cerita hidup saya sebagai tulisan.

Anda bagaimana pula?

Kritikan anda, bermakna buat saya!


Teruskan Membaca...

Sunday, September 13, 2009

Design Baru!


‘The Green Tea’

Template blog yang saya sedang guna sekarang diberi nama ‘The Green Tea’ kerana warna asasnya adalah hijau. Template asalnya adalah ‘The Yellow Face’ yang telah di ‘redesigned’ oleh saya sendiri sesuai dengan kehendak dan mesej saya menerbitkan blog ini.

‘The Green Tea’ versus ‘The Blue Sky’

Baru-baru ni saya telah buat satu lagi design blog yang menggunakan template yang sama. Cuma warna asasnya biru.

Bezanya ada tiga. Pertamanya, warna asas design tersebut adalah biru-langit. Keduanya, graphic headernya adalah ‘animated gif’ dan beza ketiga adalah, saya telah tambah dua ‘navigation menu’ pada bahagian headernya. Kalau nak tahu lebih lanjut, lawat alamat blog ni: http://aditechnoblog.blogspot.com/

Tetapi malangnya, graphic headernya tak dapat support animated gif yang telah saya buat sebeb telalu berat. (Mungkin?)

BUTTON

Template ni tak ada button link. Malas nak letak button link, sebab saya tak sukakannya. Ada banyak cara nak tambah navigation menu link ni. Kena pandai cari di internet.


Teruskan Membaca...