Halangan terbesar dalam hidup kita adalah DIRI kita sendiri!

Setiap orang ada masalah yang membelengu diri mereka dan tidak ada manusia yang tidak mempunyai masalah.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita menghadpinya? Adakah kita menyelesaikan masalah atau hanya memikirkan perihal masalah itu sahaja?

Tahukah anda bahawa bebanan yang kita terima apabila berhdapan dengan masalah kadang-kadang ‘selesai‘ dengan hanya menceritakannya kepada orang lain. Ia sangat bertepatan dengan hukum fizik , prinsip tekanan.
“ Tapi takkan masalah peribadi dan yang terlalu personal pun mau dikongsi? Malulah!” Tanya diri kita.
Mudah sahaja soalan ini, jawabnya;
“ Carilah orang yang kita percayai! ”
Baiklah, jika kita tidak mempercayai sesiapa pun, maka saya yakin dan optimis bahawa pokok, gunung, pintu, dinding, meja dan kerusi pun boleh dijadikan ganti.
“ Kenapa? Tak pecaya?”
Ya! Objek-objek pegun tidak bernyawa ini memang boleh membantu kita. Sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelegaan kepada jiwa kita yang penuh dengan ketegangan itu. Cubalah!

Saya tidak mempunyai hasil kajian mahupun penyelidikkan terperinci mengenainya tetapi acapkali saya perolehi respon yang positif dari pesakit-pesakit tinggi tegangan yang pernah saya jumpa, termasuklah saya.

Sebenarnya semua keluh resah kita itu lebih besar nilainya jika kita luahkan kepada yang Maha Berkuasa. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Saya percaya Dia akan membantu kita dengan cara yang tidak kita duga. Percayalah!

Nota Gambar :


Kritikanmu, Pujian untukku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=