Semua video yang menyertai Pertandingan Video Osem APG '11 menarik-menarik belaka. Sangat santai dalam menyampaikan mesej-mesej chenta (dakwah) dengan menggunakan elemen multimedia sebagai perantara.

Saya tidaklah sehebat mereka. Hanya mampu menulis (sedikit) dan mendoakan agar mereka terus istiqamah dalam medan dakwah (juga islah). InsyaAllah akan cuba menghasilkan karya seperti mereka.

Tahniah dan syabas kepada penganjur, peserta, dan pengundi. Teruskanlah usaha baik anda sehingga kembali kerajaan Islam di muka Bumi ini (InsyaAllah)

Disenaraikan lima video OSEM! undi tertinggi (mengikut urutan undian tertinggi) dan jika tidak keberatan tontonlah juga karya-karya lain yang turut menyertai Pertandingan Video OSEM APG '11 ini.

1. Bulatan Gembira di Bumi Sonata oleh Krun. R



2. Gergasi, Perwira dan Orang Kampung oleh Muhamad Faiz Pazanon



3. Best Friend Till Jannah oleh creativeAUKY



4. Syahadatul Haq - Penyaksian Kepada Kebenaran oleh Madmie


5. Bulatan Gembira Yang Sumpah OSEM!! oleh caramelpopcorn227



Sangat kreatif bukan? Karya-karya ini tidak selayaknya hanya anda sahaja yang menontonya. Lebih berfaedah jika anda tekan butang 'Share' atau muat turun dijadikan bahan santapan rohani kepada sekalian umat manusia.

Jika anda telah pun berbuat demikian, Alhamdulillah! OSEM!

Jika anda teruja dan teringin menjadi seperti mereka, tidak perlulah diadakan pertandingan barulah mahu menghasilkan karya. Mulakan sekarang! Jangan tunggu lagi!

NOTA:

  1. Pemenang akan diumumkan tanggal 31 Disember 2011
  2. Artikel asal [ Link ]
  3. Juri adalah  Inche Gabbana (pemilik APG [angelwearsgucci dot blogspot dot com], Puan Wardina Safiyyah dan Inche Hadi Pahmi.
  4. Terdapat lebih kurang 31 video OSEM! dimuat naik di youtube
  5. OSEM! (Ordinary Self, Extraordinary Muslim!)


Kritikanmu, Pujian untukku!

5 Responses so far.

  1. Fz27 says:

    jika semua orang leh wat macam ni tak ada la lahir citer ngarut2 macam ombak rindu

  2. Asrarqulub says:

    Sangat setuju!!!

  3. Yan says:

    Salam,kenape video ni http://www.youtube.com/watch?v=LTyYp2-NEqw x jadi finalis...sy rasa video ni lg best !!!!!! mcm mana nk undi?

  4. yan yan says:

    Setuju sangat !!!!

  5. Undian dah ditutup... x jadi finalis pun xpa kan? sbb itu bukan hal besar pun. Yang penting @12ba88ff04e97ad3b5f3af3d24e1e56c faham mesej chentanya tu. Sebarkanlah kebaikan daripadanya...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=