AL-KISAH
Presiden Tunisia yang 23 tahun mempimpin negara akhirnya digulingkan oleh rakyatnya sendiri pada Januari 2011 hanya disebabkan isu seorang pemuda yang membakar dirinya selepas kecewa dengan tindakan pihak berkuasa menyita gerai sayurnya. Baru seorang bakar diri di Tunisia, tumbang Presidennya.

Di Malaysia dilaporkan 6 hari kes bunuh diri setiap hari, tapi semua pihak senyap. Tidak ada perasaan langsung rakyat Malaysia agaknya.

REMAJA TUNISIA BERTINDAK GANAS BANTAH TINDAKAN POLIS

TUNIS 20 Dis. 2010 - Polis wilayah bandaraya Tunisia melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan ratusan belia yang bertindak liar dengan memecah cermin-cermin kedai dan merosakkan kereta-kereta semalam, kata para saksi.

Para pegawai bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian ganas itu. Jarang berlaku rusuhan di Tunisia, salah sebuah negara paling makmur dan stabil di utara benua Afrika yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk itu.

Saksi-saksi berkata, ratusan beliau telah berkumpul di bandaraya Sidi Bouzid, kira 200 kilometer ke barat daya ibu kota Tunis lewat kelmarin.

Menurut mereka, golongan belia marah dengan kejadian remaja lelaki, Mohamed Bouazizi bertindak membakar dirinya kerana membantah tindakan polis merampas buah-buahan dan sayuran jualannya di warung jalanan.


PRESIDEN TUNISIA DITUMBANGKAN TUKANG SAYUR
Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita. Lapangan kerja amat sukar diperolehi, dan rakyat hidup dalam politik yang tidak peduli pada suara rakyat. Rakyat yang membantah pengangguran begitu meningkat di kalangan rakyat, rasuah dan kenaikan harga pelbagai barang keperluan rakyat.

Dia masih muda, usianya 26 tahun. Lelaki tersebut nekad membakar diri, setelah barang dagangannya disita polisi di kota Sidi Bouzid pada 17 Disember 2010. Dia kemudiannya dirawat di hospital namun Bouazizi akhirnya meninggal dunia tangga 4 Januari 2011.

Tidak banyak pilihan bagi pemuda seperti Bouazizi. Lelaki itu adalah tiang keluarga, dan dia menyara ibu dan adiknya.

Tidak jelas benar latar pendidikannya. Stasiun berita CNN menyebut pemuda itu sebagai sarjana komputer. Lulus kuliah, Bouazizi sulit mendapatkan pekerjaan seperti sarjana lainnya di Tunisia. Itu membuat Bouazizi terpaksa mengasong, menjual sayur dan buah.


WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN

LEDANG: Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis Paraquat.

Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya beberapa tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami.


KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN

Mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.

Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita menilai semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada.


BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA

PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.


KESIMPULAN

Kita hidup dalam keadaan sangat selesa sedangkan ada yang hidup menderita. Sikap peduli kita sangat rendah terhadap persekitaran kita. Adakah kita mahu apabila kita sengsara dan meminta pertolongan lalu semua orang menjadi pekak, bisu dan buta?

Jika kita mahu perubahan boleh berlaku sekelip mata. Perubahan bukan satu pilhan tetapi suatu KEMESTIAN!

Kritikanmu, Pujian untukku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=