Seringkali kita membuat tawar-menawar di antara perkara amal dan nafsu. Aktiviti yang boleh meningkatkan iman kita adalah zikir dan aktiviti yang boleh membawa kepada kelalaian itu pula adalah nafsu. Kebiasaanya nafsu yang akan menjuarainya kerana kita selalu tertipu dengan keseronokkan yang diperolehi untuk memuaskan nafsu.

Kita tidak ada alat yang boleh mengukur keadaan lalai itu tatkala kita melakukan sesuatu aktiviti. Jika kita boleh menggunakan termometer untuk mengukur darjah kelalaian, saya yakin sudah pasti ramai yang sudah memilikinya.

Solusi yang ada hanya terletak pada iman kita. Iman kita yang boleh mengukur dan menyedarkan kita daripada terus lalai atau leka kepada sesuatu aktiviti itu.

Tidak perlu diceritakan apakah aktiviti yang saya maksudkan di sini. Saya yakin dan percaya kita semua sedia maklum akan aktiviti-aktiviti yang boleh melalaikan kita. Mula-mula sedikit, kemudian lima minit, dan tanpa kita sedar ia berlarutan berjam lamanya.

Cuma kita sahaja lupa atau buat-buat lupa. Sedarlah bahawa sebagai seorang hamba, masa dua puluh empat jam yang kita ada terlalu sedikit amal yang kita peruntukkan untuk diri kita.

Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam tegak disekelilingmu. Islam tidak perlukan kita, sebaliknya kita perlukan Islam.

Kritikanmu, Pujian untukku!

One Response so far.

  1. salam

    kelihatan figur acap yang menonggek di situ...hehe

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=