Baik, apa itu SEO sebenarnya? SEO atau kepanjangannya, Search Engine Optimization adalah satu istilah untuk proses atau usaha menaikkan kedudukan (ranking) laman web atau blog di senarai hasil carian enjin carian (SERP). Apa itu SERP? Mudah ceritanya, selepas anda taip perkataan di Google.com, akan keluar hasil carian kan? Haa, itulah SERP! Atau dalam bahasa panjangnya, Search Engine Result Page.

Semakin banyak ciri-ciri SEO pada sesebuah blog yang ‘ditetapkan’ oleh enjin carian (seperti Google, Yahoo dan Bing), maka peluang untuk blog anda berada di SERP yang tinggi (seperti muka pertama SERP) adalah lebih besar.

Apabila blog yang kita bina sudah mula mendapat ‘perhatian’ oleh enjin carian seperti Google, maka bermula saat itu, boleh dikatakan apa sahaja artikel yang kita terbitkan di blog akan cepat diindeks oleh mereka. Malah, untuk keyword utama, blog kita akan cuba didahulukan.

Mengapa SEO?
Saya suka teknik SEO. Ia adalah salah satu sumber trafik automatik yang akan kita perolehi tanpa batasan, selagi mana blog kita berada dikedudukan terbaik dienjin carian. Jika kita perolehi traffik yang tinggi, banyak manfaat yang boleh kita perolehi.

Nilai 'promosi' menjadi tinggi terutama kepada mereka yang meletakkan iklan pada blog mereka. Peluang untuk menjana kewangan pastinya bertambah. 

Berikut pula adalah senarai perkara-perkara yang ingin saya dalami:
  1. Wordpress platform
  2. Pay Pal
  3. 'Domain' dan 'Hosting'
Hmmm...


Kritikanmu, Pujian untuku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=