Rancangan saya semuanya lari daripada apa yang saya rencanakan. Rancangan harian, mingguan, seterusnya rancangan masa hadapan. Semuanya saya kena rancang semula selaras dengan situasi yang saya hadapi sekarang. 

Kebiasaannya bila kita membuat rancangan, pasti ada yang akan lari daripada rancangan atau pelan asal tersebut, tetapi situasi yang saya alami ternyata berpusing 360 darjah, keluar daripada rancangan asal. Kecewa dirasakan seolah-olah kaca terhempas berserakkan. Kita merancang, Allah juga merancang, dan rancangan Allah-lah yang pasti menjadi kenyataan.

Saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yang pandai mendamaikan perasaan. Paling meninggalkan kesan pastinya datang daripada ibu bapa yang sentiasa optimis memberikan nasihat, panduan dan pertolongan. Pastinya berkat doa yang mereka pohon buat saya yang berada jauh daripada pandangan mereka.

Pesan Imam Al-Ghazali kepada anak-anak muridnya:

“Perkara yang paling berat di dunia adalah amanah. Perkara yang paling ringan pula adalah solat. Perkara yang paling jauh pula pastinya masa yang telah kita tinggalkan. Perkara yang paling dekat adalah kematian dan perkara yang paling tajam adalah lidah yang menuturkan kata-kata.”

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekarang saya perlu menukar musibah menjadi peluang. Semestinya pen dan kertas saya perlukan untuk membuat rancangan baru semula. Semoga Allah ketemukan saya dengan hajat yang saya mahukan. InsyaAllah...

Kritikanmu, Pujian untukku!

2 Responses so far.

  1. Misako says:

    salam..tiada catatan mengenai kejayaan selepas tamat belajar?

  2. Unknown says:

    Hmmm... cadangan yang menarik ni.. belajar takkan ada penamat biar sampai ke liang lahad... Maka C:

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=