Mari Menulis!

Sejak beberapa hari lepas, saya tercari-cari kemanakah hilangnya semangat saya untuk terus menulis untuk blog saya ini. Tulisannya telah ada, dan saya simpan selama tiga bulan lamanya. Ramai yang bertanya kepada saya dari manakah sumber idea itu datang suatu ketika dahulu. Anehnya saya tidak dapat ingat akan jawapan yang saya berikan kepada mereka.

Semua perkara boleh dijadikan cerita, cuma terpulang kepada kita bagaimana hendak menulisnya. Jika kita ikhlas dalam memberikan cerita, semua orang akan merasa senang mendengarnya. Jika kita bersungguh dalam membuat cerita, semua orang akan tertarik untuk memahaminya. Maka, cerita itu bahan tulisan kita.

Cerita itu boleh jadi pengalaman, kenangan, pengajaran, pengumuman, perkongsian, berita, hebahan, buah fikiran, komentar dan ...

Sebenarnya kita ada banyak bahan cerita, cuma kita selalu kata ‘tak tahu mahu tulis apa’.

Nasihat saya, biarlah hari ini kita menulis sebaris kata, esok kita menambah bilanganya. Alasan saya mudah sahaja, jangan hari ini kita boleh menulis cerita sehingga dijadikan novel, maka esok lusa kita berhenti kerana membandingkan hari semalam yang lebih berjaya.

Menulis perlu dipupuk minatnya, juga diasah jika telah ada. Sebab itu saya lebih suka menulis ketika saya rasa saya hendak menulis, dan berhenti jika hati dah kata ‘boring’. Sehingga satu ketika baru kita sedar yang ditulis itu berjela-jela panjangnya.

Ini sekadar perkongsian, bagaimana saya mula menanam sikap menulis semua cerita hidup saya sebagai tulisan.

Anda bagaimana pula?

Kritikan anda, bermakna buat saya!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=