MAHASISWA LESU, MAHASISWA PROGRESIF, MAHASISWA SEDAR, DAN MAHASISWA ISLAM

Mahasiswa merupakan segolongan masyarakat yang diberikan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi. Mereka merupakan sekumpulan masyarakat yang mengisi sesebuah IPT.

Di kalangan mahasiswa itu sendiri terdapat pelbagai golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Situasi ini sebenarnya memberi peluang kepada mahasiswa IPT untuk mempelajari bagaimana untuk berhadapan dengan atau bergaul dengan pelabagai jenis manusia.

Walau bagaimanapun, di mana-mana IPT pun, mahasiswa dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan tersebut mempunyai nama atau ‘labelan’ yang diberikan oleh masyarakat kampus sendiri. Di antara ‘labelan’ yang pernah didengari dan diberikan adalah ‘mahasiswa lesu’, mahasiswa progresif’, mahasiswa sedar’, dan ‘mahasiswa Islam’.

Labelan-labelan ini hanya di antara contoh-contoh gelaran atau nama yang diberikan kepada golongan mahasiswa di kampus.

MAHASISWA BIASA
Mahasiswa Biasa ialah golongan mahasiswa yang tidak dinafikan kesedaran mereka terhadap isu-isu semasa sama ada berkaitan dengan pendidikan, politik, ekonomi sosial, dan segala isu yang berkaitan dengan tanah air tercinta mahupun isu sejagat seperti isu palestin, kesan rumah hijau dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kesedaran mereka masih tidak mampu mencapai tahap untuk mereka berani berdiri di sof pertama untuk bersama-sama dengan golongan mahasiswa yang optimis dan konsisten dalam usaha melakukan sesuatu perubahan yang dilihat sebagai bertentangan dengan keadilan sejagat, apatah lagi yang bertentangan dengan prinsip Islam.

Golongan ini hanya sedar akan tanggungjawab mereka hanyalah untuk menuntut ilmu (akademik) sahaja.

MAHASISWA ISLAM
Apabila bercakap tentang Mahasiswa Islam pula, kita merujuk kepada konsep asas pembentukan sebagai individu muslim yang menuntut pengislahan diri sebagai permulaan untuk melakukan pengislahan ke atas keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya.

Nampak seperti berat untuk bertukar menjadi Mahasiswa Islam. Berat bagi hati yang telah tercacak pada tanah dunia dan bukan pada tanah akhirat. Mahasiswa Islam perlu menyedari bahawa usaha untuk mendaulatkan Islam, ‘batu-bata’ atau tenaga pejuang mestilah kental dan bersedia dari segi intelek, emosi, jasmani dan yang paling penting ialah spritualnya.

Kerana dengan kemantapan dan kedalaman iman di hati Mahasiswa Islam, nescaya mereka dapat mengharungi segala mehna dan tribulasi yang bakal mereka tempuhi kelak.

Bagaimana hendak memiliki jiwa yang kental dan persediaan yang rapi? Mahasiwa Islam harus menjalani proses tarbiah yang berterusan. Mengikut Ustaz Nik Abduh ketika program Himpunan Mahasiswa Islam Sabah (HAMAS), beliau membahagikan jenis tarbiyyah itu kepada enam cabang iaitu tarbiyyah imanniyyah, tarbiyyah amal soleh, tarbiyyah ruhiyyah, tarbiyyah jihadiyah, tarbiyyah jama’iyyah dan tarbiyyah siyasiyyah.

Jadi, siapakah KITA?

One Response so far.

  1. Salam, Nasir, nak tany, yang code tue x nampak r, boleh bg skali g ke?? nak gak bt Read More tue..

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=