“Bersedia untuk berprogram dan diprogramkan...” kata ketua pengarah ISC’08 menutup ringkas ucapannya pada malam terakhir dalam sesi taklimat AJK ISC’08.

Pelik benar bunyinya. Hakikat dan pengertian bagi sebuah program berbentuk ilmiah ini semestinya memberikan keuntungan bukan sahaja kepada para peserta tetapi juga kepada AJK program. Kita mengatur tentatif, daripada proses pelaksannannnya pula mengajar kita sesuatu sebagai pengalaman. Inilah yang memberikan suatu pulangan lumayan sebagai upah penat lelah membentuk adik-adik para peserta.

Sebelum mereka hendak dibentuk , kita turut perlu dibentuk. Saya tertarik dengan sebuah modul yang telah diaturkan oleh pengarah program dalam menghangatkan kembali ukhuwah di antara AJK yang terpisah oleh cita-cita di seluruh pelusuk Malaysia. Modulnya cukup ringkas.

“Emm... benda ni ada banyak kaki...”

“Serangga warna merah dan sangat berbisa...”

“Ada banyak segmen shekh!”

“Perkataan pertama adalah serangga banyak kaki. Pakataan kedua pulak arang yang dibakar!”

Saya kebingungan dengan ‘clue-clue’ yang diberikan. Mencantum-cantum cebisan maklumat tersebut masih belum cukup lagi untuk saya ungkaikan dua perkataan yang perlu saya teka. Saya mengagak perkataan pertama merujuk kepada ‘lipan’, namun perkataan kedua masih lagi kesamaran dalam bayang-bayang hitam.

Setiap AJK dilekatkan di dahi mereka dua perkataan yang mewakili haiwan-haiwan atau serangga-serangga tertentu. Mereka perlu meneka perkataan tersebut dengan meminta AJK lain memberi sedikit penerangan terhadap perkataan itu. Kami diberikan lima belas minit untuk berbuat demikian dan seterusnya meneka perkataa-perkataan tersebut.

Di antara sekian banyak AJK, saya adalah di antara mereka yang tidak berjaya meneka perkataan-perkataan tersebut. Saya tidak yakin dengan hasil taakulan yang boleh saya fikirkan dengan berbekalkan ‘clue-clue’ yang ada.

“Lipan. Lipan apa?” kata hati saya, kurang pasti.

“LIPAN BARA! BARA! BARA! Arang yang dibakar!?”

“ Oh!”

Cukup dengan lima belas minit yang diberikan untuk modul ringkas tersebut, baru saya sedar tujuan asal modul berkenaan adalah UKHUWAHFILLAH....
Sekadar perkongsian...
Wallahu'alam.

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=