Hari ini ana telah membaca surat khabar lama. Surat khabar utusan ketika keputusan UPSR baru diumumkan. Terlintas di benak fikiran ana untuk berkongsi sebuah cerita yang berlaku di sebuah desa nan permai lebih kurang sepuluh tahun yang lalu.

“Hari ini kita ada kawan baru…” kata Cikgu Nora, guru Bahasa Inggeris pelajar Tahun 2A memulakan sesi pengajarannya pada pagi Isnin itu.

“What is your name?” Tanya Cikgu Nora kepada anak murid barunya. Berkenan, ingin tahu.

“My name is a Mohd. Nasir Bin Morni…”

“Huh?” tiba-tiba Cikgu Nora berkerut dahi. Budak baru itu terus menyambung,

“I am eight years old. My father’s name is a Morni bin Sabli and my mother’s name is a Silun binti Yaman. I have one older brother, one older sister and two younger brothers. I live in a Kampung Moyan Laut. I like to eat a…” Kata budak baru itu dengan petah, tanpa ada rasa segan silunya.

“Well done! I did not expect that from you! You are advance. Did you ever realize that your friends here not even know how to speak yet? Oh! They even cannot spell the word apple correctly, do you know that? Well, it going to be fun to have you around…”

Dek kerana telalu gembira mungkin kerana telah mendapat seorang anak murid yang boleh bertutur dengan bahasa Inggeris, Cikgu Nora langsung tidak mengambil endah akan kesalahan bahasa yang telah dilakukan oleh murid barunya itu. Sedangkan yang berdiri di sisinya pula terpinga-pinga melihat reaksi guru barunya. Baginya memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris sudah menjadi ayat basi dibibirnya ketika di tahun satu lagi. Jadi apakah yang menarik?
Jika di sekolah lamanya pasti dia sudah pun dicubit bahunya, atau ditarik telinga, paling berat pun berdiri di luar kelas kerana melakukan kesalahan yang sama dengan pelajar tahun satu. Bukan ‘standard’ budak tahun dua, ringkasnya.

Itulah budak yang mendapat perhatian penuh di dalam kelas Cikgu Nora. Budak yang merasa bagaimanakah suasana belajar di bandar selama tiga tahun sebelum berpindah ke sekolah luar bandar. Perbezaannya cukup jauh di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Bermula dari infrastrukturnya hinggalah ke method pengajarannya.

Jika anda bertanya siapakah gerangan budak bertuah itu, dialah penulis, yang menjadi ‘anak emas’ kepada sekolah rendah berkenaan kerana rahmat tuhan yang telah mengurniakannya akan akal yang cerdik dan cerdas. Setiap manusia sebenarnya dikurniakan oleh Allah akan akal yang cerdik dan cerdas, cuma atas sebab individu itu sendiri yang menyebabkan kadang-kadang manusia itu berbeza dari segi tahap kepintarannya. Kata orang, faktor persekitaan yang mempengaruhinya.

Maka dalam kes ini, ana telah mendapat suntikan semangat yang membekalkan seribu kenangan, kerana pertama kalinya dalam sejarah hidup dipanggil dengan gelaran ‘budak pintar’ setelah acap kali dilabel dengan ‘budak bodoh’, ‘lembab’... Persekitaran yang membangkitkan semangat belajar yang tinggi.

Bukanlah niat untuk membeza-bezakan sekolah bandar dan sekolah luar bandar, inilah hakikat atau realiti yang berlaku, sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Ana merasakannya sendiri, betapa perinya menjadi seorang budak kampung setelah bertuah menjadi budak bandar. Kata budak kampung terhadap guru bahasa Inggeris mereka,

“IN-GE-LIS, very da soosah cekgoo!”

Jangan kata mengeja. Menyebut pun susah!

“Kamu mesti budak pandai di sekolah lama dulu kan, Nasir?” tiba-tiba berbahasa Melayu pula bertanya. Anak muridnya yang lain terkebil-kebil, hairan.

“No, it isn’t.” Ayat basi.

“But you can speak…” sambungnya lagi berbahasa Inggeris.

“Yes, I can.” Sekali lagi tertipu dengan ayat basi.

“You have proved me that already…” Kata Cikgu Nora, bertubi.

“Huh?” bingung tidak faham apakah pula soalan Cikgu Nora kali ini.

“Oh! Yes! Yes…” jawab Nasir, budak baru.

Itu peristiwa ketika ana masih dibangku sekolah rendah, entah macam manalah budak sekolah rendah luar bandar sekarang....

Wallahu'alam ...

One Response so far.

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=