Yang Lebih Baik Daripada Harta
Nasihat yang baik, lebih berharga daripada harta. Harta boleh habis tetapi nasihat yang baik kekal sebagai panduan hidup sepanjang hayat. Harta kadang-kadang tidak dapat diwarisi tetapi nasihat yang baik sentiasa boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Yang Kekal Hanya ALLAH SWT
Hampir semua perkara di dunia ini wujud dengan antonimnya. Jatuh lawannya bangun, gagal lawannya berjaya, duka lawannya suka, miskin lawannya kaya, dan seterusnya. Janganlah bersedih, tidak ada yang kekal di dalam dunia ini. Kita tidak akan kekal berada di atas melainkan kita berusaha untuk mengekalkannya. Kita akan jatuh juga akhirnya setelah berada di atas; apabila kita lalai dan leka kerhati terlalu asyik ketika berada di atas. Tidak ada yang kekal, kecuali Pencipta Alam Semesta. Apabila masa berlalu, semua pun akan turut berlalu dan berubah.

Terlepas Dari Dakapan
Tidak ada yang kekal abadi. Kegembiraan dan kedukaan senantiasa bersilih ganti. Kadang-kadang masalah yang menimpa membawa khabar kedukaan buat kita, dan kadang-kadang sebaliknya. Begitu juga dengan kesenangan dan kegembiraan. Tidak akan berada dalam dakapan kita selamanya. Sampai masa kesenangan mahupun kegembiraan akan luntur membawa kesusahan atau kesedihan.

Lalu apa ibrah atau pengajaran yang boleh kita fikirkan di sini? Jangan terlalu gembira apabila mendapat sesuatu kejayaan yang kita impikan. Bersyukurlah di atas nikmat yang telah Allah kurniakan, Alhamdulillah. Kegembiraan itu tidak akan lama, sampai masanya ia akan lenyap berganti dengan kesedihan. Bukan bermaksud kita tidak boleh bergembira dengan kejayaan yang kita terima. Cuma kita kenalah beringat dan berwaspada, kerhati kita tidak mahu kejayaan itu membawa benchati. Kata orang, beringatlah sebelum terkena. Preventing is better than cure.

Lumrah Kejadian : Sediakan Payung Sebelum Hujan!
Dalam erti kata yang lain, kita sebenarnya membuat persediaan terhadap realiti putaran kehidupan yang fitrah-kejayaan tidak akan kekal sebagaimhati kegagalan tidak kekal. Apabila kita telah bersedia, bila-bila masa sahaja kita mengalami perubahan secara mendadak, kita tidak akan kelam kabut dan tidak tentu arah. Sebaliknya kita telah pun bersedia menghadapi perubahan tersebut dengan hati yang terbuka. Juga, semasa di dalam kejayaan hendaklah berusaha sedaya-upaya mengekalkannya; walaupun tidak ada jaminan yang kejayaan itu akan kekal, tetapi apa salahnya jika kita berusaha mengekalkannya.

Apabila mengalami kesusahan, thatimkanlah di dalam hati bahawa ia tidak akan lama sambil berusaha ke arah sebaliknya. Bila mengalami kegembiraan dan kejayaan pula, thatimkan di dalam hati bahawa ia tidak akan kekal lama juga. Jadi lakukan sedaya-upaya untuk mengekalkannya.

Formula Kejayaan : Kita Bangun = Kita Jatuh + 1.
Formula untuk berjaya di dalam kehidupan ini telah diadaptasi dan digunakan oleh semua orang yang telah merasa kejayaan setelah menggalas bebhatin dan usaha dalam mencapai apa yang dihajati.

Begitulah semestinya. Sebagai seorang Islam, kita amat dilarang untuk berputu asa. Tuntasnya, orang yang berputus asa tidak akan berjaya dan orang yang berjaya tidak pernah berputus asa. Jatuh bangun perkara yang lumrah, dan semua orang pasti akan melaluinya.

Sebagaimhati Rasulullah SAW yang tidak pernah berputus asa mahupun mengeluh apabila usahanya untuk melihat seluruh umat yang diserunya memeluk agama Islam. Di baling dengan batu, di baling dengan najis, di caci, di maki dan ancaman bunuh tidak pernah mematahkan semangat dan usaha Rasulullah SAW untuk berdakwah kepada umat manusia ketika hidupnya. Malah kerhati perjuangan baginda itulah, kita merasa nikmat iman dan Islam pada saat ini.

Malangnya ramai di antara kita mudah berputus asa atau enggan bangun sesudah jatuh. Tetapi yang lebih malang lagi kebanyakkan daripada golonan tadi adalah terdiri daripada orang Islam. Apakah impian mereka? Kita selalunya mimpikan sesuatu yang mudah dan lancar. Buat sekali terus berjaya. Susah untuk kita dahului impian kita itu dengan pelan untuk bangun semula apabila tiba-tiba impian yang hajati hanya sekadar mimpi.

Mimpi yang Indah nan Permai
Impian tanpa dihulur dengan sedikit api kesusahan dalam liku untuk mencapai puncak kejayaan semestinya hanya wujud di alam mimpi semata-mata. Jika benar inilah keadaan kita, maka kekallah kita dibuai mimpi karut tersebut. Sedarlah, jika inilah kondisi atau tempat yang kita duduk sekarang, maka realitinya kita hidup di alam mimpi kerhati di alam nyata adalah mustahil sesuatu akan berjalan dengan lancar, tidak menemui sebarang kegagalan.

Kita bangun mendekati kejayaan dan bukan kejayaan datang mendekati kita. Kegagalan pula selalu datang merapati kita walaupun kita cuba menjauhinya. Jadi apakah kita mempunyai pilihan? Orang yang gagal merancang, adalah merancang untuk kegagalan.

Tongkat dan Pil Hikmat
Mari kita selidiki mereka yang berjaya di sekeliling kita. Mereka tidak kenal erti putus asa. Berdiri di samping semangat tidak putus asa itu adalah sabar. Orang yang sabar memperolehi kemuliaan di sebalik kejayaan.

Jika kita jatuh dan bangun semula, tongkatnya adalah sabar, tenaganya adalah tidak putus asa. Kadang-kadang ada juga yang berjaya tanpa bantuan ‘tongkat’, kerhati menelan ‘pil hikmat’. Mereka ini tidak sabar untuk memperolehi kejayaan lalu dengan semangat tidak putus asa itu mereka menggunakan jalan pintas. Jalan pintas itulah pil hikmat.

Sama ada menggunakan tongkat atau menelan pil hikmat, mereka jatuh dan bangun semula. Jangankan sekali jatuh, bahkan seribu kali jatuh pun mereka masih sanggup lagi untuk bangun pada kali ke seribu satu. Semuanya untuk memenuhi syarat untuk memperolehi kejayaan yang mereka impikan.

Kesimpulan : Yang Manakah Lebih Selamat?
Penulis berharap agar kita semua membuka mata kita seluas-luasnya; tiga ratus enam puluh darjah. Kejayaan membawa kepada kegembiraan atau sebaliknya, kegagalan membawa kepada kedukaan atau sebaliknya. Kedua-duanya berputar di atas paksi kehidupan, tidak akan kekal lama. Janganlah mudah putus asa dan bersabarlah.

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

Akhirul kalam, setiap perbuatan baik adalah ibadah, jika kita sandarkan kerhati Allah. Wallahua’lam...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=