New Year Spirit!
Ketika saya menulis artikel ini, dada saya masih sakit, sesak susah hendak bernafas. Apabila saya tersedar daripada tidur, tergenggam handphone di tangan. Susah hendak saya lelapkan mata malam tadi kerana menahan sakit dan ketika itulah bertalu-talu mesej masuk.


“Tahun baru la.” Detik hati saya tiba-tiba.

Tidak terlambat rasanya jika saya ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirai, maka masuk tahun 2010, jika mengikut kalendar masihi.

Tetapi aneh pula saya rasakan kerana teringatkan pula kepada hari Arafah dalam bulan Zulhijjah yang telah berlalu menyambut 1431 Hijrah datang.

“Selamat tahun baru!” sapa seorang kawan.

“Ya, terima kasih. Selamat tahun baru jugak.” Saya sambut sapaannya dengan senyuman. Sedekah bisik hati saya.

SEMESTER YANG MENAKUTKAN
Tahun ini dimulakan dengan semester baru, juga semester terakhir saya di Universiti Malaysia Sabah (InsyaAllah). Terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke negeri ‘Di Bawah Bayu’ ini.

Semester ini saya mendaftar subjek dengan jumlah jam kredit sebanyak 22, iaitu mewakili lapan subjek kesemuanya.

Menakutkan bukan? Namun itulah yang bakal saya hadapi semester ini.

Satu subjek ulang yang tidak dikira dalam jam kredit kerana ‘kes khas’, dua subjek tanpa kelas (Projek II dan Latihan Industri) dan selebihnya adalah subjek teras sekolah atau program yang masing-masing mempunyai satu kuliah wajib, satu kelas tutorial, satu projek, dan satu sesi makmal.

Semua semester yang telah saya lalui turut dihadapi dengan jumlah jam kredit yang hampir sama, dan saya berjaya mengharunginya. Entah bagaimanakah pula laluan yang bakal saya tempuhi untuk semester kali ini.

Pada awal permulaan semester ini lagi saya telah diuji. Bukan kepada perkara-perkara yang kecil dan main-main kerana semuanya perlu kepada rancangan juga penyelesaian yang serius. Sakit kepala dibuatnya.

S.A.Y.A.N.G
Kawan saya pernah mengingatkan saya ketika saya mengeluh perihal masalah saya kepadanya dengan menyatakan:

"Allah sayang kamu lebih, jadi dia uji kamu lebih. Kamu mesti rasa benda pahit dahulu, baru kamu kenal rasa manis. Dunia itu pahit, syurga pula manis. Tapi jika dunia rasa manis, maka kamu kena rasa pahit neraka. Jadi mahu masuk neraka atau syurga?”

Tajam betul soalan yang dia ajukan. Rasa tenteram pulak hati saya apabila mengingatkannya. Baru saya sedar betapa rapuhnya iman atau kebergantungan saya kepada rab yang menciptakan seluruh alam.

"Kamu mahu masuk SYURGA atau NERAKA?"

Soalan ini membangkitkan rasa sedar saya bertapa kecilnya ujian yang saya hadapi, namun pinta hati agar dikurniakan akan sesuatu yang teramat besar, yakni syurga. Tidak pula saya mahu dimasukkan ke dalam neraka.

Allah memberikan kita ujian, yang boleh menambahkan keimanan kita kepadaNya juga boleh menyebabkan kita semakin jauh kepadanya (nauu'zubillah min zalik).

Wallahu’alam.

Kritikanmu, Pujian buatku!

2 Responses so far.

  1. imaratulkhair says:

    assalamualaikum ya asrarqulub! kata2 nta amat terkesan pada qalbi.benar setiap ujian dan kepahitan yang dirasai di atas muka bumi Allah ini tanda kasih dariNYA.Rahmat di sebalik ujian! moga Allah sentiasa merahmatimu wahai saudaraku. moga sentiasa tabah dalam perjuangan! La takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana.. takbir!

  2. Unknown says:

    wa'alaikum salam wth... Hati rasa amat senang bila kita sentiasa mengingatkannya dengan 'alunan zikir' yang turut dikongsi dan dinyanyikan oleh penduduk alam. Tapi sayang, banyak daripada kita telah menyimpang kerana hati kadang-kadang mudah ditawan oleh bisikan syaitan. Wallahu'alam...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=