[ KREDIT ]
Jika di Kuala Lumpur tanggal 12 Januari 2013 berlansung Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112)  mensasarkan kehadiran seramai sejuta orang peserta, di Sabah pula Himpunan Sabah Bangkit (HSB) dianjurkan untuk membangkitkan semangat yang sama pada rakyat Sabah.

HSB telah diadakan bertempat di Taman Chong Thein Vun, Kota Kinabalu, Sabah. Perhimpunan aman tersebut telah dianjurkan oleh Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR).

Selain dihadiri oleh badan-badan bukan kerajaan, beberapa parti politik turut sama hadir sebagai peserta perhimpunan. Para peserta berhimpun dan berarak dari satu lokasi ke tapak berhimpun bermula jam dua petang dan berakhir sekitar jam empat petang.

Apa yang menarik pada perhimpunan aman ini adalah, selain daripada pasukan polis yang menjaga sekitar parameter tapak perhimpunan, saya sempat merakamkan aksi sekumpulan anak muda menyampaikan expresi diri mereka, dengan sebuah lagu dan tuntutan bergambar pada sehelai kain rentang pada penghujung himpunan.

Video berikut mempamerkan gambar-gambar sekitar himpunan semasa perhimpunan berlansung bersama video lagu ekpresi anak muda yang sempat saya rakamkan.



Kritikanmu, Pujian untukku!


Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=