Gambar Kiri: Laporan akhbar Metro 27 Mei 2012 | Gambar Kanan : Antara 'tarikan' Himpunan Jutaan Belia 26 Mei 2012
HIBURAN MELAMPAU

Saya merasa sangat sedih apabila generasi muda yang miskin dengan akhlak dan ilmu seperti saya dihidangkan dengan 'pengisian' yang memburukkan lagi akhlak itu.

Jika tulisan saya ini antara lain menyebabkan orang melihat saya sebagai seorang yang tidak optimis, anti sosial, berfikiran kuno, tidak praktikal dan seumpamanya, maka saya rela dilebelkan sedemikian rupa.

Persoalannya adalah, adakah 500 artis (seperti yang dilaporkan) yang dimaksudkan sebagai pengisian rohani untuk remaja? Jika ya, apakah yang dimaksudkan dengan 'Pengisian Rohani' itu?

Saya bukan anti hiburan kerana hiburan itu perlu. Cuma kalau sudah melampau maka ia perlu ditolak sama sekali. Hiburan melampau itu kita kenali sebagai 'Hedonisme'.

Jika kita modelkan negara-negara maju seperti Korea untuk pembangunan negara, biarlah ditapis dan dibentuk dengan acuan negara kita. Pilihlah yang memberi keuntungan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan negara dan rakyatnya. Membangun seiringan antara fizikal kerajaan dan intelek rakyat Malaysia.

DI MANAKAH ISLAM DILETAK?

Bukankah Malaysia sebuah negara yang menjadikan ISLAM itu agama rasmi? Saya merasa agak gusar jika anak muda atau belia model sogokkan hiburan diteruskan melarat. Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan anti hiburan, ia perlu, cuma janganlah keterlaluan.

Islam tidak pernah menolak hiburan. Berpada-padalah jangan melampau atau keterlaluan. Jika kita adakan hiburan, biarlah penghiburnya menjaga adab dan sesitiviti latar rakyat Malaysia yang pelbagai. Jangan kerana kita tamak dan terdesak mengaut segala 'keuntungan' maka kita mengadaikan prinsip Islam.

Adakah untuk mengumpulkan jutaan belia maka perlu kita hidangkan hiburan sedemikian rupa sebagai tarikan? Jika ya, maka masalah ini sangat serius. Sangat serius!

Golongan belia adalah pelapis kepimpinan kita. Penyataan ini memang klise, namun apakah kita benar-benar mengerti pangkal akal hujahnya?

Jika belia kuat berhibur, bilakah masanya mereka serius dalam mengurus negara? Hedonisme perlu dibendung. kerana ia penyakit yang boleh bertukar menjadi wabak.

'Jadikan hari esok lebih baik'

Demikian adalah antara petikan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapan belia yang berkumpul di Putrajaya tanggal 26 Mei 2012 kelmarin.

Adakah antara lain maksud Datuk Seri, jika diadakan program yang serupa esoknya, maka jumlah belia  yang hadir berhimpun perlu bertambah dari hari ini? Jika ya, maka belia kita sebenarnya berada dalam keadaan bahaya. Sangat bahaya untuk masa depan Malaysia.

[ Kredit ] Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya
Saya takut dan saya mungkin berada dikalangan belia yang kerajaan didik dalam ketegori belia yang mempunyai masalah dalam memilih 'pengisian rohaninya'.

Kerajaan sepatutnya mendidik dan menyemai belia dengan budaya ilmu. Makanan kepada badan adalah makanan seperti yang kita makan lazimnya. Makanan kepada akal adalah membaca, makanan kepada jasmani adalah riadah dan makanan kepada roh adalah ibadah.

BUAT PEMIMPIN MALAYSIA TERCHENTA

Pengisian rohani itu biarlah mendidik akal, membentuk akhlak dan membendung nafsu dengan ilmu. Bukan dengan hiburan melampau!

Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jika benar 'Jadikan esok hari yang lebih baik' bukanlah retorik, maka didiklah kami untuk cintakan budaya ilmu, bukan cintakan kepada hiburan apatah lagi yang melampau!

Datuk Seri, perlukah semua ini?

O Allah! Please! Save Malaysia!

Kritikanmu, Pujian untukku!

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Masalahnya ibu-bapa bw satu famili pegi tengok...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=