Klik untuk besarkan gambar.
Mempelajari bahasa Arab pada satu ketika dahulu merupakan satu cabaran buat saya. Tetapi mempelajari bahasa Mandarin jauh lebih mencabar.

Ketika belajar, niatkan ia untuk kehidupan bukan untuk peperiksaan. Jika tidak, pada satu ketika nanti kita akan merasai keperluan kepada ilmu tersebut. Kita menyesal kerana lupa- Jangan!

Ini peringatan juga pedoman buat diri yang berbicara juga sapaan sayang saya untuk semua yang sedang membaca.

Selama hampir setahun Ustaz Muadz (guru yang mengajarku Bahasa Arab Tinggi, tingkatan lima) mendidik kami mendalami bahasa Arab. Seringkali saya kecewa, kerana masih berada dalam kelompok pelajar yang gagal. Bukan saya malas juga tidak berusaha.

Barangkali rajin dan usaha itu masih lagi tidak mecukupi. Perlu digandakan tiga atau empat atau seratus kali. Ilmu yang diajar itu telah lama tumpul, namun ada satu pengetahuannya masih saya ingat sehingga ke hari ini.

Klik untuk besarkan gambar. 
Inilah doa yang diajarkan kepada kami. Saya fikir doanya adalah untuk memudahkan kami mempelajari bahasa Arab yang susah. Rupanya, doa tersebut adalah untuk memohon kemudahan daripada Allah apabila bertemu perkara yang sulit.

Saya hendak amalkan doa ini lagi untuk kerja saya sekarang, insyaAllah. Jom!

NOTA:
  1. Kredit untuk gambar di atas.
  2. FAQ BESIH 3.0: Klik
  3. Sulit atau sukar?

Kritikanmu, Pujian untukku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=