Tanya pada diri anda, 

"Adakah aku telah melakukan yang terbaik pada saat ini?

Jawapanya menyedarkan saya. Seperti baru sedar selepas koma 18 tahun lamanya. Sungguh! saya tidak menipu!

...

Setiap kali kita memulakan suatu pekerjaan atau aktiviti, tidak kiralah kecil atau besar, sikap kita pasti mempengaruhi hasil akhir pekerjaan tadi. Banyak alasan yang akan kita cipta bergantung kepada hasil akhir pekerjaan tadi. Namun jauh di sudut hati jujur kita, hanya akan ada satu perasaan yang menjelma; bahagia ATAU kecewa!

Jika anda golongan pelajar (murid sekolah dan mahasiswa) anda pasti mahu memperolehi keputusan yang terbaik.

Jika anda golongan profesional, anda mesti mahu projek anda membuahkan hasil berlipat kali ganda.

Jika anda seorang Islam, pastinya anda mahu masuk syurga dan begitulah seterusnya.

PILIHLAH BAHAGIA

Saya tahu erti bahagia itu sangat subjektif. Namun konklusinya mudah untuk saya simpulkan.

Jika kita bahagia, pasti kita merasa gembira dan tiada sesalan pun kita rasai. Kesannya bukan sahaja nampak pada fizikal, ia turut jelas pada pancaran emosi dan lakaran rohani kita.Ustaz atau ustazah kita di sekolah dulu selalu berpesan;

"Solat itu tiang agama, dan ia mampu mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar.

Perkara tersebut turut disebut di dalam Al-Quran, namun ramai di antara kita yang gagal menterjemahkannya ke dalam kehidupan. Benarkan?

"Di mana silapnya?" anda soal.

Saya tanya kembali kepada anda;

"Adakah anda telah melakukan solat yang terbaik pada saat ini?

...

Lain pula kisahnya kalau akhirnya kita merasa kecewa, perasaan sedih pasti ada dan kebarangkalian anda untuk merasa menyesal amatlah tinggi.

Sesungguhnya, saya tidak mahu merasa menyesal apatah lagi mengundang perasaan kecewa itu. Anda mahu?

"Tok! Tok! Tok! 

Kamar hati anda diketuk saat ini. Lalu anda hampiri pintu dan membukanya.

"Saya KACEWA, bulih saya masyuk? 

Ada tamu datang berdiri disudut hati anda meminta izin masuk ke kamar hati. Dia kelihatan sangat sadis. Dikendonganya ada bayi kecil. Anda merasa sangat terganggu dengan kehadirannya.

"Ini anak saya, MANYASAL.

Anda kerut dahi, jantung anda tiba-tiba berdegup kencang. Tangan anda berpeluh dan hati anda merasa tidak senang sekali.

...

Rupa-rupanya, perasaan bahagia dan kecewa itu tidak lain dan tidak bukan, kita sendiri yang mengundangnya. Ya anda sendiri yang mengundangnya!

Tetamu itu boleh bertukar, andai betul undangannya. Jadi siapkah yang akan anda undang?

MARI BERUBAH!

Maka jangan tindakan kita saat ini mengundang sesalan dikemudian hari. HAMKA pernah menyatakan;

"Jika anda ingin melihat gambaran sesebuah negara itu pada masa akan datang, maka lihatlah akhlak pemudanya hari ini.

Begitu juga dengan perihal diri kita. Jika kita ingin melihat siapa diri kita pada masa akan datang, maka lihatlah tindakan kita pada hari ini.

Saya akan pastikan setiap perkerjaan yang saya lakukan mulai saat ini adalah yang terbaik (insyaAllah!) supaya akhirnya nanti saya memperoleh yang terbaik pada masa akan datang.

Saya yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang kita lakukan adalah 'doa' atau permintaan kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk hambanya sesuai dengan permintaannya. Lebih yang kita minta maka lebihlah juga yang kita perolehi, insya-Allah.

Di dalam Al-quran Allah telah memperingatkan kita mengenai masa melalui Surah Al-'Asr, ayat pertama hingga akhir. Ambillah pengajaran daripadanya.

1. Demi Masa.
2. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Wallahu'alam

NOTA:

  1. Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah juga the BEST! 
  2. Change makes change, and the only person you can change is yourself!
  3. Failing to plan is planning to fail!



Kritikanmu, Pujian untukku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=