Dengan ini diumumkan pemenang! Piece!
Ehem. Sebelum diumumkan siapakah pemenang bagi pertandingan Video OSEM APG '11, saya ingin menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh beberapa individu OSEM yang berani bertanya kepada saya.

"APG tu amende?
Kepanjangan APG adalah Angel Pakai Gucci yakni tajuk blog yang beralamat di angelwearsgucci dot blogspot dot com dikendalikan oleh Inche (Encik) Gabbana (nama pena penulis blog tersebut).

"OSEM tu apa ek?
Soalan ni yang paling famous. OSEM atau OSM adalah slang internet untuk perkataan bahasa Inggeris AWESOME (sebutan O-SEM) bermaksud KAGUM! (atau mengkagumkan) tetapi OSEM yang digunakan di sini mempunyai maksud kedua iaitu akronim untuk Ordinary Self/ Student, Extraordinary Muslim . OSEM kan?

"Macam mana nak menyertai pertandingan ni? Siapa penganjur?
Saya yakin dan percaya orang yang membaca blog saya bertajuk Undi: Pertandingan Video Osem APG '11 dan Finalis Pertandingan Video OSEM APG '11 hanya singgah membaca tajuk post sahaja. (Sedih, ish! ishk!) Jika anda membaca keseluruhan post tadi, semestinya anda tahu jawapan kepada soalan di atas. (Mungkin anda terlampau excited kot...)

"Di mana nak buang undi?
Alamak! tempoh buang undi dah tamat (lah). Inche Gabbana telah membuka saluran undi selama beberapa hari (sebenarnya saya pun tidak tahu bila mula) dan tamat pada 28 Disember 2011 pada jam 11.59 malam waktu Malaysia. Maka kalau hendak mengundi juga, tunggulah tahun hadapan, InsyaAllah diadakan lagi pertandingan berkenaan.

"Mana keputusannaya ni?
Alamak! Saya bukan penganjur apatah lagi juri. Saya hanya mahu berkongsi dan menumpang saham pahala orang-orang di atas (dengan menyebarkan kebaikkan, InsyaAllah). Baiklah, daripada pihak penganjur, Inche Gabbana, dia memang sedaya upaya untuk menepati janji untuk mengumumkan keputusan tanggal 31 Disember 2011. Tetapi apalah daya, kita merancang, Allah yang jua yang menentukan.

Serius, mengadili video-video finalis memang bukan kerja mudah, semudah makan kacang. Kalau saya diberi peluang menjadi juri, memang semua finalislah, jadi pemenang (alamak!)

Para finalis dihakimi melalui lima kriteria; keaslian (25 markah), kreativiti (25 markah), mesej (20 markah), unsur-unsur tarbawiy (20 markah) dan kepatuhan kepada tema dan syarat-syarat pertandingan (10 markah). Maka jumlah keseluruhannya 100 markah.

Berikut adalah petikan daripada pihak penganjur berkaitan dengan cara penilaian dan penghakiman dibuat oleh tiga orang juri:
Melalui keaslian, kami melihat sama ada idea yang cuba digarap oleh para finalis adalah idea asli tanpa meniru mana-mana produksi yang wujud sebelum ini. Juga sama ada idea yang diketengahkan segar dan bermutu.
Melalui kreativiti pula, kami memfokuskan kepada kekreativitian tukang buat video dalam melakar jalan cerita yang menarik lagi mengujakan. Juga sebarang teknik-teknik artistik yang digunapakai dalam peghasilan video juga diambil kira melalui kriteria ini.
Melalui mesej, kami melihat kekuatan dan keberkesanan mesej yang cuba disampaikan melalui video yang dihasilkan. Penting juga untuk kami memastikan yang mesej yang cuba ditekankan itu mudah difahami oleh para penonton. 
Melalui unsur-unsur tarbawiy, kami menilai sama ada video yang dihasilkan ada mengenengahkan elemen-elemen keagamaan yang memberkas di jiwa. Banyaknya rujukan terhadap ayat-ayat al-Quran mahupon hadith memberi kelebihan kepada mana-mana tukang buat video. 
Akhir sekali, melalui kepatuhan kepada tema dan syarat-syarat pertandingan, kami memberi markah berdasarkan sama ada video yang dihasilkan tidak lari daripada tema yang dipilih dan mematuhi pula syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. 
Jadi macam mana? Jika anda adalah para juri, siapalah agaknya finalis bertuah yang menjadi pemenang?

Mudah ke susah hendak jadi juri pertandingan ini?


"Mesti korang kata senang kan (dalam hati).. Cubalah buat satu video dulu, tengok susah ke senang!

Baiklah, diumumkan pemenang bagi pertandingan Video OSEM APG '11 (dum dum dum dum) ialah:
Tempat Pertama



Tukang Buat Video: Krun R.
Tajuk Video: Bulatan Gumbira di Bumi Sonata
Markah Purata: 92
Komen Juri: "What can I say? I LOVE it. The Korean language gives this video an extra edge. Shots simply lovely, beautiful, editing excellent..Storyline touches the heart, with help from visual aids ie shots that work. VERY OSEM-ly creative =)" - Puan Wardina Safiyyah


Komen saya: "Jatuh cinta pandang pertama. Usrah memang cinta pertama saya (ehem!), juga menonton cerita korea (ops!)

Tempat Kedua



Tukang Buat Video: Muhamad Faiz bin Pazanon
Tajuk Video: Gergasi, Perwira dan Penduduk Kampung
Markah: 91.7
Komen Juri: "Video ini sangat bersemangat, sesuai dengan tajuk yang dipilih dan menyahut seruan dari Inche gabbana untuk menghasilkan karya yang menaikkan semangat. Nukilan yang indah, dengan nama kampung saja sudah menarik perhatian. Gandingan hasil nukilan dan animasi yang mantap, menunjukkan hasil kerja satu produksi yang berjaya." - Inche Hadi Pahmi


Komen saya: "Wahhhhh! Begaya sungguh animasi dan ceritera-nya. Ringkas padat dan OSEM-lah!

Tempat Ketiga



Tukang Buat Video: Madmie
Tajuk Video: Syahadatul Haq - Penyaksian Terhadap Kebenaran
Markah: 91
Komen Juri: "Ni first video yang dihantar yang macam.. "Walawehh!" sebab teknik video yang digunakan dan the strong message yang hendak disampaikan. (Tapi bila dah tengok 'Tomato' macam.. Mamat ni ke..? Patutah gempak. Hehe..) Conclusion? Osemness. Fulsetop." - Inche gabbana


Komen Saya: " First tengok tomato then lepas baca komen-komen, rupanya Sedara Madmie pun join pertandingan ni. Mesti kagum nnt tengok. (Lepas tengok) Ishk! ishk! pedih pulak rasa hati... Mata macam ada kaca je...

Begitulah keputusannya. Puas hati?

Kalau anda tidak puas hati, tahun depan jangan lupa untuk menyertai. Kita tunggu dan lihat sama ada video anda tersenarai sebagai finalis atau pun tidak.

Sebagai konklusi, karya-karya ini tidak selayaknya hanya anda sahaja yang menontonya. Lebih berfaedah jika anda tekan butang 'Share' atau muat turun daripada YouTube dan jadikannya sebagai bahan ilmiah dikongsi untuk santapan rohani kepada sekalian umat manusia.

Sebarkanlah ayat-ayat chenta itu!

Jika anda telah pun berbuat demikian, Alhamdulillah! OSEM!

Jika anda teruja dan teringin menjadi seperti mereka, tidak perlulah diadakan pertandingan barulah mahu menghasilkan karya. Mulakan sekarang! Jangan tunggu lagi!

NOTA:
  1. Inilah post asli untuk pengumuman pemenang untuk pertandinagn ini: [ Klik LINK ini ]
  2. Terdapat lebih kurang 40 video OSEM! menanti untuk anda tontoni: [ Klik LINK ini ]
  3. Selamat tahun baru.


Kritikanmu, Pujian untukku!

4 Responses so far.

  1. Inche gabbana says:

    woah, saya doakan saham2 sorga anda akan bertambah dengan berlipat kali ganda..! jzkkk! ;D

  2. Nurul_3n says:

    bagusnya ... wujud blog mcm nie.... dakwah islam yang sebenarnya mudah disebarkan.... insyaAllah

  3. Sangat mudah, cuma kita je yang malas... 

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=