May Allah bless you!
Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kekuatan untuk menulis pada minggu ini. Hari ini masuk hari ke-lima saya demam disebabkan oleh selesema. Inilah hadiah hari lahir saya barangkali.

Mulanya dengan bersin, kemudian semakin kerap bersin, hidung merah, hidung berair, hingus, batuk, sakit kepala, badan panas, sejuk, sakit tekak dan batuk lagi. Sekarang masih sejuk dan batuk sikit-sikit.

Alhamdulillah semuanya dilalui dengan sabar dan senyum. Banyak aktiviti yang saya terlepas untuk saya ikuti dalam waktu tersebut. Ada banyak teman yang mengajak dan saya balas dengan senyuman sahaja.

Ubat yang dimakan hanyalah penadol yang dibeli di kedai serbaneka 24 jam, Seven Eleven. Penyembuhnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah Allah, tuhan sekalian alam. 

Saya memang takut hendak berjumpa doktor dan saya masih mencari sebabnya. Mungkin kawan-kawan saya yang bakal menjadi doktor ada jawapannya. Saya pasti ianya hanyalah perasaan yang dijadikan sebagai perisai alasan.

Saya merasakan setiap kali masuk waktu Ramadhan selesema adalah penemannya. Saya masih mencari kaitannya dan juga tidak tahu apakah penyebabnya. Barangkali  Dr. Don yang diceritakan oleh saudara Kamsar ada jawapannya. Wallahu'alam.

Cerita tentang sakit mengingatkan saya tentang beberapa artikel yang pernah saya baca sebelum ini antaranya:
  1. Sakit - Antara Penghapus Dosa dan Peningkat Darjat
  2. Sakit - Ujian atau Kifarah Dosa?
  3. Sakit itu tanda Allah sayang
  4. Hidayah datang kerana sakit
Dan banyak lagi. Semuanya menceritakan tentang hikmat tersembunyi berkaitan tentang kata sifat 'sakit'. Maha suci Allah yang mengurniakan manusia akal fikiran, panduan Al-Quran dan As-Sunnah bersama utusan-Nya Nabi Muhammad SAW.

Saya juga pernah menulis beberapa post berkaitan 'sakit' iaitu 'Benarkan Saya Berehat' dan 'Mahu Masuk Syurga atau Neraka?'.

Saya kongsikan kepada anda sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang kira-kira bermaksud:
Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca "Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"
Juga sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang kira-kira bermaksud:
Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat"
Ayat yang dihijaukan seperti di atas boleh diamalkan sebagai doa untuk kita memperolehi kesihatan apabila ditimpa sakit. [Sumber]
"Fuhh...", lega. 
"Aaachooo! Alhamdulillah...", tangan kiri menggosok-gosok hidung yang merah dan tangan kanan tetap ditetikus hitam. 
"Yes! Dah siap!", sebuah lagi hasil karya terhasil dan kali ini saiz kertas dindingnya agak besar.
Saya mendoakan agar pembaca budiman sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga atau teman yang tercinta. 

Sekian, Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Nota:
  1. Hari ni masuk Ramadhan yang ke-15 dan InsyaAllah, bulan mengambang malam ni.
  2. Diceritakan bahawa malam ke-17 Ramadhan adalah Nuzul Al-Quran! Malam kitab Allah lengkap diturunkan yakni AL-Quran!
  3. Fasa 'kasih sayang Allah' (Rahmat) telah berlalu, dan sekarang kita berada dalam fasa 'keampunan Allah' (Maghfirah), maka perbanyakkanlah istighfar dan solat sunat Taubat!
  4. The Quran is like a Telescope, you just don't look at it, but you look through it!
  5. Dapatkan kertas dinding terbaru saya sekarang!
Kritikanmu, Pujian untukku!



2 Responses so far.

  1. asrarqulub says:

    Alhamdulillah... Sihat dah sekarang... tgh tunggu nak balik kg...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=