Adaptasi daripada kata-kata Imam Al-Ghazali

Sukar untuk kita melupakan peristiwa yang menjadi memori manis mahupun pahit dalam hidup kita. Percaya atau tidak semanis mana pun memori tersebut ia tetap tidak akan kembali ke dakapan kita. Saat mula kita mula menyesali perbuatan kita, ia sudah terlalu ‘jauh’ untuk kita kejar semula.

Ya, masa yang berlalu adalah ‘perkara’ yang paling jauh dalam hidup manusia. Tidak kira siapakah kita; askar, polis, guru,pelukis, perdana menteri, sultan atau pengemis di tepi jalan, semuanya diberikan jumlah masa yang sama.

Orang yang untung memastikan setiap detik waktunya berlalu tanpa penyesalan. Maknanya, setiap usaha yang dijana pada kehidupanya tidak pernah ada yang sia-sia, malah dia sentiasa memastikan ianya adalah yang terbaik.

Orang yang rugi pula sentiasa mengambil sambil lewa akan masanya. Masa lapangnya hanya terasa nikmatnya apabila dirinya ‘terlalu’ sibuk. Menyesal. 

Beringatlah kita akan lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda, kaya, lapang, sihat dan hidup sebelum datangnya masa tua, miskin, sempit, sakit dan mati.

Sesungguhnya, masa yang berlalu tidak mungkin akan datang kembali:

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Surah Al-'Asr, Quran Al-Karim

Nota:

  1. Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak memakai baju kuning kerana takut ditangkap oleh Polis Di-Raja Malaysia
  2. Barter: PAS tumbang di Kelantan, stadium sukan menjadi tukaran oleh BN
  3. Alhamdulillah, sekarang dah masuk bulan Sya’ban, kiranya Ramadhan akan menyusul kemudian.
  4. Ya! Allah! Panjangkanlah umurku untuk bertemu dengan bulan RAMADHAN!
  5. Jom! Puasa Sunat! 
Kritikanmu, Pujian untukku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=