Contoh 'chat box' dengan affiliate

Tidak!
Ini adalah kali ke, satu ribu empat ratus tujuh puluh empat kali (maksudnya banyak kali berlaku) kotak 'chat' FB saya dijadikan sebagai medium program 'affiliate' oleh pengguna laman sosial ini. Saya tidak pernah terfikir bahawa kotak perbualan tersebut boleh dibuat sedemikian. Kreatif. Kalau ianya berlaku beberapa kali saya tidaklah kisah, tetapi jika situasi ini berulang kali berlaku sehingga menyebabkan kita merasa rimas, memang menyakitkan jiwa.

Apakah Program Affiliate?
Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) . Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai rakan pemasaran.

Affiliate memang banyak membantu kepada usahawan internet, malah program inilah yang menyumbangkan banyak pulangan lumayan kepada mana-mana laman sesawang yang mempunyai banyak pengunjung. Google, Yahoo, Facebook, dan banyak lagi merupakan di antara contoh laman yang memperolehi keuntungan melalui program ini.

Iklan Berbayar
Program Affiliate kebanyakkannya adalah berbentuk iklan yang menarik pengguna internet untuk melawat laman sesawang atau pautan yang disertakan.

Saya ingin menasihatkan kepada anda agar berhati-hati ketika mengikuti program ini. Jangan jadikan rakan-rakan anda sebagai mangsa kepada kerakusan diri untuk mendapatan komisen/keuntungan tadi.

Jika anda juga pernah mengalami peristiwa tadi, berfikiran terbukalah dan banyakkan bersabar. tetapi jika anda adalah salah seorang daripada mereka pula, berhentilah daripada berbuat demikian kerana perbuatan tersebut ternyata menyakitkan hati dan menyeksakan!

Kritikanmu, Pujian untukku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=