Terkejut!
Beberapa hari lepas, ada individu yang berminat untuk mendapatkan avatar dirinya sebagai sebuah kartun seperti  yang saya lakukan pada avatar FB saya. Lalu dia meminta saya untuk melukis gambar/karikatur berkenaan dengan bayaran satu ringgit. Saya tidak terfikir pula perkara berkenaan boleh dijadikan perniagaan. 

Minat
Saya memang minat kepada lukisan yang penuh dengan warna dan corak. Terutama yang bermotifkan alam sekitar. Pada masa yang sama saya juga minat kepada komik terutama yang dilukis dan kelihatan comel. Semenjak dibangku sekolah sehingga sekarang, minat saya tidak pernah berubah.

Hobi?
Minat dan hobi adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang minat kepada ikan tidak semestinya suka memancing (hobi). Saya suka melukis dan semestinya ia menjadi hobi saya diwaktu kelapangan. Lain orang lain minat dan kesukaan. 


Pulangan dan Peluang!
Peluang ada didepan mata. Cuma entah bila agaknya saya boleh menjadikannya sebagai pulangan. Terima kasih kerana memberikan saya peluang yang mungkin menjadi sebuah pulangan yang menggembirakan.

Kritikanmu, Pujian untukku!

3 Responses so far.

  1. Misako says:

    Salam.. sila lawat laman ini sebagai inspirasi.. http://emilayusof.com/ byk yg boleh dijadikan peluang..f

  2. Unknown says:

    hmmm... Trimas puan CT, hehehe

  3. mau upah abg gak ni..lukis gmbr ikan sy..

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=