Tanggal 10 MEI 2010, saya dan tiga orang pelajar komputer sains (dua daripada UMS induk dan dua lagi daripada Labuan) telah mendaftarkan diri untuk memulakan latihan industri di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), UMS. Latihan industri ini akan mengambil masa sepuluh minggu.

Dekan sekolah SPKS memulakan hari kami dengan memberi taklimat berkaitan dengan kemahuan dan kehendak sekolah untuk membangunkan beberapa sistem berasaskan aplikasi laman web. Jika disenaraikan kesemuanya, ada lapan senarai tugas yang diharapkan untuk kami siapkan. Secara puratanya, setiap seorang akan mendapat dua tugasan masing-masing. Tetapi tidak semua tugasan berkenaan akan kami terima kerana berada di luar bidang kepakaran kami.

Selepas diperkenalkan infrastruktur SPKS, kami berkenal-kenalan dengan kakitangan pentadbiran SPKS dan selepas itu kami mula berbincang untuk memulakan tugasan untuk hari esok.

"Oh! ya lupa pulak, hari ni mula 'PUNCH CARD' dah." TAMAT.

Kritikanmu, Pujian untuku!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=