“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, niscaya ia mendapati ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah An-Nisaa’ : 110)

Sedikit sahaja masa yang kita perlu dalam menilai atau membelek-belek rutin kehidupan kita sama ada terselit secebis atau bergelumang dengan DOSA.

Saya yakin dan percaya sebagai manusia di akhir zaman kita tidak akan lari jauh daripada melakukan kesilapan. Namun jumlah umat manusia yang telah jatuh ke dalam jurang kebinasaan mahupun kemusnahan terlalu besar, tetapi percayalah bahawa KEAMPUNAN daripada Allah itu jauh lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan.

Pernah saya terkedu tatkala teringat akan firman Allah SWT mafhumnya:

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

Kenapa?

Kerana dibahu ini terpikul satu amanah yang ditaklifkan oleh Allah SWT, dan pada satu ketika saya menghitung diri betapa amanah itu tidak saya galas dengan bahu tetapi dijinjing dengan jari.

Saya takut ni'mat IMAN dan ISLAM Allah tarik. Subsidi nyawa diberhenti. Tatkala hati leka dengan duniawi.

Saya mengharapkan agar ada ruang untuk saya perbaiki diri, setelah Allah pandu diri dengan hidayah ke hati.

Marilah bersama kita insafi diri untuk menjengah alam ukhrawi. Kerana saya pasti kita akan MATI meninggalkan duniawi.

Mungkin esok hari, tahun hadapan atau sekejap sahaja lagi...

MU’AHADAH:
Menguatkan perjanjian dengan ALLAH SWT.

MURAQABAH:
Merasakan ALLAH SWT sentiasa melihat walau dalam keadaan bagaimanapun.

MUHASABAH:
Menghitung diri.

MUAQABAH:
Mengambil tindakan ke atas diri kerana kecuaiannya.

MUJAHADAH:
Melawan kehendak diri dan nafsu.

“Barangsiapa belajar tetapi ilmunya tidak dapat meningkatkan imannya, maka sia-sialah hidupnya kerana ilmu itu kepunyaan ALLAH SWT.”

“Wahai manusia,usahlah mencanang kesusahan yang telah ALLAH SWT berikan padamu kerana tindakanmu itu hanya menunjukkan betapa engkau tidak redho dengan ujian tersebut. Jika kamu beriman………”

“Jangan berdoa seolah-olah ALLAH SWT KEDEKUT.”

Wallahu'alam bissawab...

One Response so far.

  1. QZ / KZT says:

    salam..pinjam isi..hehe..

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=