Khamis, 11 Jun 2009:

“Saya memang menyokong penuh apa-apa dasar pendidikan yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan.”

“Sekarang ni semakin ramai budak bandar yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Saya merasa bangga akan fenomena ini.”

Itulah antara kata-kata seorang kenamaan. Saya terkejut tentang ura-ura bahawa WAJIB LULUS MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS, menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Buat masa sekarang, wajib lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu melayakkan mana-mana calon yang mengambil SPM untuk mendapatkan sijil SPM (salah satu syarat).

Saya tidak tahu apakah kayu ukur atau parameter yang telah digunakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan kepada umum. Walaupun belum dikuatkuasakan lagi, namun saya yakin dan percaya perkara ini telah ataupun bakal membangkitkan banyak bantahan dikalangan rakyat Malaysia yang prihatin akan isu pendidikan.

Jika saya diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan, saya lebih suka jika isu jurang pendidikan di antara sekolah di kawasan bandar dan kawasan luar bandar diselesaikan terlebih dahulu. Isu proses pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pun belum selesai, kini kerajaan mengorak langkah untuk melaksanakan satu lagi ‘misi’ yang merbahaya.

Gambar Hiasan
Mereka yang berada di kawasan bandar lebih beruntung kerana di bandar terdapat seribu satu kemudahan yang boleh membantu mereka menguasai bahasa tersebut. Lain pula mereka yang tinggal di luar bandar, isu ini menjadi satu bebanan kepada mereka.

Belum lagi kita buka kadar buta huruf dan kadar anak tempatan yang tercicir daripada memperoleh pendidikan yang sempurna.

Maka kita akan melihat, kesan akhir yang perlu kita takuti bakal terjadi kepada para pelajar adalah mereka belajar bahasa Inggeris adalah untuk lulus semata-mata.

Maka apakah keuntungan yang diperolehi oleh kedua-dua pihak? Kementerian rugi membelanjakan peruntukan dan pelajar belajar kerana mahu lulus sahaja.

Di negeri kelahiran saya Sarawak, Kementerian Pelajaran tidak diwujudkan kerana isu pendidikan di negeri ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Saya merasa amat malang akan perkara ini, memandangkan isu pendidikan adalah satu perkara yang besar.

Saya takut suatu hari nanti lahir pula generasi yang lidahnya terbelit-belit bercakap separuh bahasa Melayu bercampur Inggeris. Merogol bahasa. Barulah kita melihat banyaknya kempen bahasa mengambil tempat, kononnya membina kesedaran kepada mesyarakat untuk berbahasa dengan ‘betul’.

Saya tidak dapat menolak peri pentingnya peranan menguasai bahasa asing. Malah jika kita menyelati sejarah tokoh-tokoh dan ilmuan Islam, maka kita akan mendapati betapa besarnya peranan bahasa kepada mereka.

Bahasa menjadi senjata kepada mereka untuk menakluki ilmu yang mereka dahagakan dan meletakkan nama Islam ke puncak tertinggi.

Lama juga saya termenung memikirkan nasib pelajar kita pada hari ini. Lalu timbul pula kegerunan saya terhadap krisis identiti yang melanda generasi muda kita. Unsur timurnya diracun dan bergaul dengan barat. Jika kita tapis dan saring belum pasti kita ketemui yang mana satu kaca yang mana satu intan. Sinarnya tetap sama, tetapi silaunya boleh menyakitkan mata atau membuat kita jatu cinta.

Barangkali, jika benar isu ini diluluskan di parlimen sekalipun, kerajaan wajib membentangkan hasilnya kepada rakyat dengan sebenar-benar dapatan maklumat. Tidak kira hasilnya adalah benar-benar seperti mana yang diharapkan atau suatu kehampaan.

Bila nasi menjadi bubur, jangan mengharap kenyangnya sama dengan hanya satu mangkuk.


4 Responses so far.

  1. Salam WUFI..

    Yup, ini la dia bntuk pemerkosaan bahasa, bukan pemerkasaan..

    Klu mcm ni la jdny, akn hilang la bhasa mlayu di dunia..cukup la jawi dmansuhkan hingga saya xdapat blajar bhsa jawi dgn smpurna, ini kan lagi nk martabatkn bahasa asing sedangkan bahasa mlayu xdapat A lg..

    Argh, susah..

  2. didin says:

    salam.bhasa inggiris ni mmng ndak wajar..susa budak skolah maw lulus,kalo wajib lagi bang,kiamat brulah sya dapat sijil kalo macam 2..hehe..ni la kibatnya kalo pemimpin kita ni tidak ada al-quwwah dan al-amanah..ada lagi yang lebi layak,mereka pula yang dipilih.
    sekadar perkongsian..

  3. asrarqulub says:

    hmmmm.... perlu adil dan saksama, perlu belajar aulawiyat....

  4. asrarqulub says:
    This comment has been removed by the author.

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=