SMS 1: Salam bang, saya dapat kos geologi di UMS. Ok ka tu bang?

SMS 2: Ok. Insya-Allah xda yang x ok kalau betul2 belajar. Bila datang ke UMS?

SMS 3: Hari sabtu Insya-Allah.

SMS 4: Sampai nanti bg tau. Abang dtg sapa. K!

Bermula 26 JUN 2009 lalu, UMS telah menerima hampir lima ribu pelajar baru dari seluruh Malaysia. Saya telah datang seminggu lebih awal, bersiap sedia untuk menyambut pelajar-pelajar baru tersebut.

Minggu Suai Mesra (MSM) atau minggu orientasi pelajar-pelajar baru diaturkan selama satu minggu sebagai wasilah untuk menyediakan pelajar-pelajar baru ini menghadapi suasana baru yang bakal dihadapi di universiti. Saya yakin dan percaya perkara yang sama berlaku di mana-mana institusi pendidikan sama ada rendah atau tinggi, swasta mahupun kerajaan.

MSM dipengerusikan oleh jawatankuasa induk universiti dan dilaksanakan oleh jawatankuasa pelajar melalui persatuan mahasiswa universiti sebagai penggerak utama.

Misi utama saya kali ini bukan sahaja untuk menjadi pembimbing kepada adik-adik baru yang bakal mendaftar, tetapi juga untuk mencari adik-adik yang boleh dijadikan teman seperjuangan dalam menyebarkan dakwah dan islah, yakni MENCARI ANGKATAN SAHABAT JIHAD DAN DAKWAH.

One Response so far.

  1. salam,

    abg nasir ni fasi utk mppb 08/09 tu kan? kawan abg razaq ex-smsld n ex-irfan.

    cemburu bila dpt sms dr kwn2 ex-irfan sy yg diorg dpt msuk U sdg kan sy just study kt training school yg xde kondusi pljr U.

    doakan kejayaan sy di sini... semoga dakwah mnjadi tunjang prjalanan khdpn kita semua!

    wallahu 'alam!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=