Apabila kita banyak menimba ilmu, maka kita akan berpendapat bahawa kita akan menjadi semakin pandai. Itu perkara biasa yang akan kita rasai (commence sense). Tetapi hakikatnya perlu kita sedar bahawa terlalu banyak lagi yang kita tidak ketahui.

"...semakin banyak ilmu yang aku pelajari, maka baru aku sedar, semakin banyak yang aku tidak tahu..."

Ungkapan ini acap kali saya dengar dan baca, cuma pada setiap kali saya mendengar atau membacanya tidak pernah terlintas di hati saya akan kebenarannya.
menyedari dan merasai sendiri akan kebenaran maksud bait kata-kata tersebut baru-baru ini. Manis itu hanya kita dapat nikmati apabila kita merasa pahit.

"Belajar sampai masuk universiti, jauh sampai ke Sabah sana, tak bosan ka?" sapa sepupu saya.

"Tak." Saya menjawab ringkas.

"Belajar tinggi-tinggi takda gunanya kalau asyik duduk terperuk dalam rumah saja. Macam buku, kita hormat pada buku sebab isinya ilmu. Tapi sayang, kalau tak tau membaca, buku tu takda nilai maka jadi perhiasan di rak buku sajalah." Sambung sepupuku menyindir.

"A’ah…" saya mengiakan sahaja kata-katanya.

Bekerja sabagai ‘kuli’ untuk menyara keluarga yang baru sahaja dibina beberapa tahun lepas. Saya tumpang gembira dengannya setelah dia dikurniakan anak sulung lelaki tahun lepas.
Dia selalu sahaja bertanya soalan yang bukan-bukan. Kadang-kadang buntu juga saya dibuatnya.

"Kita berilmu maka kita perlu mengamalkannya, baru berseri iman kita. Aku cakap ni bukan sebab aku banyak ilmu, bukan juga aku ni banyak amal. Tapi yang aku tau semua aku guna." Tambah sepupuku.

"Macam kopi. Pahit rasanya kalau takda gula. Makin sedap kalau di tambah susu dan krimer. Maksudnya, iman ni memang pahit rasanya, tapi semakin manis kalau kita banyak beramal ibadat. Tetapi beribadat sahaja tak cukup, kena ada ilmu yang menyokongnya. Baru mantap!" sambungnya.

Berdiri bulu tengkuk saya mendengar ucapannya. Saya lebih suka menganggapnya sebagai ‘nasihat’. Dalam betul maksudnya. Menggunakan kiasan untuk menyimpulkan iman, amal dan ilmu. Bukan sembarangan orang yang boleh menggunakan kiasan. Saya termenung dan terasa seperti pernah mendengar kata-katanya.

Kemudian baru saya sedar betapa ‘ilmu’ boleh itu boleh kita perolehi di mana-mana sahaja.

"Kesimpulannya, jangan duduk di rumah saja, jom naik motor kita pergi masjid sembahyang sama-sama... hehe!".

"Err... a’ah..." Saya malu

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    heheeee ^_^* apa punya kesimpulanlah..
    jom minum kopi..

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=