Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini mengandungi ajaran kepada Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tentang methodologi pelaksanaan dakwah, atau seruan kepada manusia agar mereka berjalan di atas Jalan Allah (Fi Sabilillah) atau Jalan Yang Lurus (Shiratahal Mustaqim) yakni Agama yang benar (Ad-Dinul Haqq).

Melalui ayat ini, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menuntun Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk melakukan dakwah melalui tiga cara iaitu dengan hikmah (kebijaksanaan), al-mau’izhatul hasanah (pengajaran yang baik) dan jadilhum billati hiya ahsan (bantahlah mereka dengan dengan cara yang baik atau dewasa ini disebut sebagai berdebat).

Nota: Kepada sesiapa yang berminat menjadi penterjemah, sila berhubung terus dengan PTS Islamika Sdn Bhd. Tetamu ziarah yang budiman juga digalakkan menyebarluaskan maklumat ini. Syukran jazilan.

Wallahu a’lam bissawab

Sumber dipetik daripada: Muhtar Suhaili

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=