MAWADDAH HABIS DAH?

“Sheikh! Tak ada MAWADDAH ke hari ni?” Din bertanya.

“Ada… dah habis kot…” jawapnya mudah.

“Apa tajuk kali ni?” Din bertanya lagi.

“Entah! Manalah aku tau…” jawabnya ringkas, acuh tak acuh.

“Eh! Habis Macam mana kau tahu risalah tu dah habis?” Tanya Din bertubi.

“Kau cakap dah tak ada tadi kan? Maksudnya dah habislah. Itu pun tak faham?”

Selama saya menulis untuk risalah MAWADDAH, baru kali ini saya rasa terharu mendengar perbualan dua sahabat yang ‘rindu’ akan risalah ini. Bukan rasa bangga ataupun ujub, tetapi kadang-kadang saya rasa lega apabila ada pula yang menghargai sekeping kertas risalah yang diterbitkan khas buat mereka.

PEMBUNGKUS MI ATAU NASI LEMAK
Tidak kisahlah sekeping kertas itu kemudiannya digunakan untuk dijadikan sebagai lapik alas mangkuk maggi mi, atau buat lap basahan di atas meja selepas makan mahupun dijadikan sebagai pembungkus nasi lemak untuk dijual. Asalkan ia telah dibaca, matlamat saya telah tercapai.

Susah untuk saya memilih isu yang sesuai untuk dijadikan bahan di dalam penulisan saya. Kadang-kadang ketandusan idea, walaupun internet mempunyai lautan bahan yang telah tersedia. Namun saya harus bijak mencakna isu dan suasana. Kadang-kadang kena pada isu dan masa, dan kadang-kadang ada yang menggaru kepala.

“Kau tak nak baca ke?” Din bertanya lagi.

“Dah baca… Apa sangatlah ada pada risalah ni. Aku baca biasa je.” jawab kawannya selamba.

“A’ah, aku tau, tapi bilalah agaknya kau mau baca benda macam ni dekat luar tu?” Sindir Din.

Memang penulisan saya mahupun hasil alohan dari sumber yang saya pilih itu hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Inilah perjuangan yang saya pilih untuk berkongsi sedikit kesedaran kepada mahasiswa di luar sana.

Setiap perjuangan yang kita pilih untuk menyampaikan Islam, sebenarnya suatu yang besar dan bukan kecil seperti yang kita fikirkan. Itu sifir motivasi yang saya pegang sebagai penulis kecil-kecilan.

KECIL ATAU KERDIL?
Kita bukan pemula kepada perjuangan, tetapi penyambung kepada dakwah perjuangan. Risalah Islam adalah menegakkan kalimah Allah SWT di muka Bumi ini.

Kita menyambung perjuangan para ulama’ silam. Mereka berjuang menyambung perjuangan para sahabat junjungan, dan para sahabat menyambung perjuangan Rasulullah SAW, rasul pilihan.

Rasulullah SAW, pula berjuang sebagai hamba. Taat, dan patuh kepada pencipta-NYA. Allah SWT mensyariatkan kepada baginda Islam perlu ditegakkan, maka Rasulullah SAW sepenuh jiwa berjuang untuk-Nya.

Allah SWT pula adalah pencipta kepada seluruh alam. Maka mengapakah perlu kita katakan kita kerdil dalam perjuangan? Kita berjuang bukan untuk orang, mahupun bangsa dan keturunan, tetapi untuk Allah PENCIPTA SELURUH ALAM!

Sebab itu saya memilih penulisan, sebagai satu medan untuk berjuang.

5 Responses so far.

  1. sadfer says:

    salam siasah... i wonder if u realize how big are the writer role back then in history... reading and writing are made for each other, if you want to become the extraordinary writer, so u need to become the extraordinary reader as well... good luck!

  2. Unknown says:

    2SADFER... thank you for your comment, i appreciate it. hmm... extraordinary...

  3. Unknown says:

    yang cakap tu din terengganu ka??? Patut la ko tak faham... Tak pa biasakan diri.... :)

    Balik nanti bawakan kuih lapis ya...

  4. Unknown says:

    Salam dik, mata pena nie sebenarnya lebih tajam dari mata pedang tau..thats y print media or alternatif media can give impacts to the readers. kalau lah readers tue jenis yg melulu dan membaca satu cerita dari media alternatif, for sure meletup dan banyaklah blogger2 yg mula menulis itu ini (ini utk blogger politikus)

  5. Unknown says:

    Salam.... Apa khabar.... Jangan lupa bawakan kueh lapis Sarawak....

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=