Kemenangan hanya dapat kita rasai ertinya apabila kita telah merasai kekalahan. Kemenangan tanpa ada sebelumnya akan kekalahan membawa makna yang kosong. Begitu juga kejayaan. Apabila seseorang mengalami kegagalan di dalam hidupnya, maka terngin baginya untuk merasai kejayaan.
Bagi kita sorang manusia, semuanya itu adalah kepuasan. Tidak salah jika kita mengejarnya kerana itulah erti dunia yang Allah kurniakan walaupun hakikatnya kepuasan itu hanyalah sementara. Kita seharusnya sedar bahawa kepuasan itu merupakan satu ujian besar bagi seorang Islam kerana ia adalah kehendak nafsu semata-mata. Bukan menghalang untuk mendapat nikmat kepuasan itu, tetapi kita hendaklah berpada-pada agar akhirnya tidak jatuh ke lembah kehinaan.

Kita hanya mensyukuri ni’matnya sihat tubuh badan apabila kita merasai sakit.
Kita mudah merasa putus asa setelah kejayaan diruntuhkan dengan kegagalan.
Kita mula rasa mudah apabila banyak susah telah kita tempuhi.
Bahagia itu datang setelah melalui kesengsaraan mahupun sebaliknya.
Jauh itu terasa apabila tahu dekat itu bagaimana jaraknya.
Panjang itu tidak akan dipanggil panjang jika tidak ada yang pendek.
Begitu juga besar, tidak selamanya besar jika ada yang lebih besar lalu dipanggil pula ia kecil.
Semuanya bergandingan melengkapi antara satu sama lain di dalam kehidupan.

Jika kita fikir dan renungkan, akan sebuah kehidupan kurniaan Tuhan, tida lebih dan tidak kurang kita akan terfikir betapa alam ini ada penciptanya. Bagi seorang Islam Dialah Allah SWT, Tuhan sekalian alam...
Wallahu'alam...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=