“Assalamu’alaikum...” ana memulakan bicara.
“Wa’alaikumsalam warahmatullah...” jawab umi.
“Eeee... kitak sik [1] rindu kat[2] kampungkah? Raya haji sik lamak agik[3]...” seru umi, nadanya rindu, sinis.
Ana terdiam, buku ditangan dilepaskan. Ana mula tegakkan duduk dari baringan di atas katil sambil tangan kanan memegang telefon mengalihnya dari telinga kanan ke telinga kiri. Ana selak tirai biru yang kebetulan berada di sebelah katil, rupanya hujan renyai-renyai di luar. Ana meneguk air liur sekali.
“Siapa yang tidak rindu?” Bentak hati mula terasa. Hidung macam tersumbat, mata mengeram.
“Ingat kediri[4], mun[5] kita malas susah ke malas, mun kita rajin semuaaa mudah dapat. Apa polah tek[6]?” umi mula bertanya. Itulah ayat favourite–nya. Ana masih terdiam, sapaan awalnya di mula bicara tadi masih terngiang-ngiang ditelinga. Ana terkedu, tidak terkata-kata, suara umi memang menusuk kalbu. Sekali lagi hati ana bertanya,
“ Anak mana yang tidak rindu?” ana terkedu seribu bahasa, tunduk taat.
“Dengar...” ana menjawab dengan berat, mengalir dipipi... Sebak dan haru, rindu.
Tinggal jauh dari keluarga memang bukan pilihan semua orang yang merasakan bahagianya hidup dengan suasana keluarga. Bukan kerana kita sebagai anak mahu merasakan diri bebas maka tinggal jauh dari ibu bapa merupakan satu kemerdekaan, tetapi boleh menjadi satu penyeksaan kerana dibelenggu rasa bersalah dan perasaan rindu. Sudah tiga tahun agaknya ana tidak beraya di kampung halaman bersama ibubapa dan sanak saudara, bukan sahaja ‘eidulfitri bahkan ‘eiduladha terutamanya pada tahun ini.
Kita merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah SWT.
“Bersabarlah. Anggap ini sebagai satu ujian.” Kata hati cuba menghangatkan suasana. Ana mencapai tafsir lalu membacanya.
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” (Surah Ali-Imran 3:200)
“Barangkali, inilah ‘korban’ ana tahun ini...”
Inilah maksud beberapa perkataan bahasa Melayu Sarawak
[1] Kitak sik – kamu tak
[2] Kat - dekat
[3] Sik lamak agik – tak lama lagi
[4] Kediri – diri sendiri
[5] Mun - kalau
[6] Polah tek – yang sedang dilakukan/dibuat
[7] Kitak - kamu
[8] Ka – kah (ayat soalan)
[9] Sik - tidak
[1] Kitak sik – kamu tak
[2] Kat - dekat
[3] Sik lamak agik – tak lama lagi
[4] Kediri – diri sendiri
[5] Mun - kalau
[6] Polah tek – yang sedang dilakukan/dibuat
[7] Kitak - kamu
[8] Ka – kah (ayat soalan)
[9] Sik - tidak
salam buat akhi nasir~
huhu,sik balik kg thn ni? stay d kg e ja la nie?? *tumpang sedey jugak* ana yg seminggu lewat blk rumah pn terasa,apatah lagi enta.
xpa.. mgkn btllah,nilah 'korban' utk enta thn ni. InsyaAllah,tentu saja ada rahmat d sblk semua ini kan.
p.s: mm,kalo tahu enta x balik time raya tu,da diajak dtg ke open house ana. ingtkn semua blk beraya..jd yg dpt dtg hanya ukhti azie aja.. :(
Salam WUFI
Berkorban apa sahaja
Harta atau pun jiwa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
...Jaga baik-baik bilik abang tu...
Salam..
La tahzan..Sesunguhnya ALLAH bersama kita..
Unduk ba c oto',jgn la sedi k..
Pasti ada hikmah jgk tu..
Nnt kalau da grade kerja biar dekat dengan ruma k..
salam mentari...la dik jgan sedih2.jom konvoi ke luanti.hilang boring kat bilik tu..
berkorban apa saja
agar Islam mulia
tingkatkan iman dan taqwa
nilai hamba disisi Allah
moga bersedih dunia
dengan cahaya ISlam
salam...jangan sedey2 dik...hidop ni takda pengorbanan takda maknanya berjuang...yang balik berjuang, tak balik berjuang gak...hidup ni sama ada kita terkorban atau mengorban, pilih mana satu..peace.. :)
Syukran jazilan... ma'ana Allah at taufiq wa salamah...