Apabila ana mula mengulangkaji pada saat-saat akhir untuk menduduki peperiksaan, terdapat dua perasaan yang bergolak di dalam hati. Pertamanya adalah perasaan menyesal, dan yang keduanya iri hati.
MENYESAL
Ketika tangan ini ligat menekan punat pada 'keyboard' ini, tinggal lagi satu kertas peperiksaan akhir semester yang hendak diduduki pada minggu hadapan. Pada saat ketika bertarung dengan masa antara mengulangkaji dan membaca balik nota-nota kuliah, datanglah satu perasaan yang mengeletek hati membakar gundah, membuat resah...
"Macam manalah exam kali ni..."
"Susahnya..."
"Eh! Nyamuk ni... tiba-tiba datang pulak..."
Mudah betul hati melatah. Itulah menyesal namanya.

IRI HATI
Apabila mengambil rehat dari penat 'mengulangkaji' mulalah kaki berasa kebas, walaupun duduk atas kerusi bekaki empat. Dilihat pada detik-detik waktu yang berputar taat di dinding, terasa terlalu singkat sekali masa yang ada. Di lontar pandangan keluar tingkap, terpadangkan gelagat manusia yang pelbagai macam. Terlalu leka dengan dunia...
"Ishk! sempat pulak main game.."
"Alahai! Nak melepas rindu pun, biarlah ada batas. Apalah hansome sangat pakai selipar jepun..."
"Seronoknya diaorang..."

Bila kita rasa sengsara, kita lupa ada yang lebih derita. Mulalah kita lupa bersyukur. Inilah iri hati, penyakit hati yang sukar diubati, namun mudah untuk ditangani jika kita pandai mencari....


RESOLUSI
Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Iri hati pada orang alim, bukan pada orang kebanyakan.
Ingatlah teman-teman sekalian, hari ini ana merasakanya, esok pula entah siapa? Sama-samalah kita renungkan. Menjadi teladan dan peringatan.


Sekadar perkongsian...
Wallahu'alam.

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=