3.30 pagi
Bangun pagi
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.”

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

3.45 pagi
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al- Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas solat, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al- Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah (rakaat pertama) baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan solat witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

4.15 pagi
Makan Sahur.
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

4.30 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar solat.
Baca Al-Quran atau bertadarus hingga terbit matahari

6.00 pagi
Membuat persiapan kuliah atau pelajaran.
Ulang kaji pelajaran atau siapkan kerjarumah yang masih berbaki.
Melangkah ke dalam dewan kuliah atau kelas dengan membaca Bismillah dan berdoa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau sekadar di dalam hati. Banyakkan istighfar / memohon keampunan
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita lakukan

10.00 pagi
Solat Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau kita istiqamah mengamalkannya.

Niat: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh: mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual-bual kosong mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.

12.00 tengah hari
Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu solat dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai solat sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

3.00 petang
Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Jangan tidur selepas Asar. Lakukan aktiviti riadah yang ringan seperti berjalan-jalan, jogging dan sebagainya.

5.30 petang
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada di dalam diri kita !!!

6.00 petang
Bertadarus atau membaca Al-Quran, berzikir sambil menunggu waktu berbuka.
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.

Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa dan berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

7.30 malam
Menunggu waktu Isya’ dengan berzikir dan berselawat.
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan bacaan Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang Ramadhan. Kalau tidak masa ini bila lagi kita mampu untuk mengkhatamkan bacaan ayat suci Al-Quran.

11.00 malam
Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. Muhasabah diri.
Berniatlah untuk berpuasa pada keesokan hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan puasa Ramadhan yang wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

“Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.”

Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu."
(HR At-Thabrani)

Golongan yang bersungguh-sungguh beriman sudah tentu sangat gembira dengan kehadiran bulan ini yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keampunan yang munculnya hanya sekali dalam setahun.

Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian, kita lipat gandakan amalan di dalam bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Semoga amalan kiata diterima dan ditimbal sebagai pahala untuk menghapuskan segala dosa kita InyaAllah.

Akhirul kalam, Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Setiap perbuatan baik adalah ibadah, jika kita sandarkan kerana Allah. Wallahua’lam...

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=