Kemurnian hubungan antara lelaki dan wanita adalah satu cabang daripada prinsip kebersihan Islam. MAnakala mereka yang inginkan kepincangan dan memandang hubungan sebegini sepertimAna yang mereka katakan: “Hubungan biologi adalah suatu yang tabi’ie, tiada padanya sebarang kecelaan dan tiada sebarang ikatan,” Sesungguhnya dengan memandang manusia hanya sebagai lelaki atau wanita adalah pandangan yang cetek, sedangkan tersirat di sebaliknya persediaan ke arah kemuliaan dan ketinggian.

Sesungguhnya para pengkaji yang adil, mengetahui dengan yakin, tentang seks rambang yang dialami oleh orang bukan Islam khususnya di barat. Kebanyakan kelab malam, rumah urut dan pusat butik semuanya telah menjadi pusat pelacuran, malah lebih teruk lagi. Kebanyakan kAnak-kAnak, wanita dan pemuda tidak mengenali bapa mereka. Seorang suami kepada seorang wanita muslimah di Amerika ada menyatakan bahawa isterinya tidak tahu siapa bapanya yang sebenar, bapanya telah menggauli Anak perempuannya dan dia bersyukur kepada Allah kerAna Allah menyelamatkannya. Sesungguhnya Islam menjaga nasab keturunan dan harta benda, yang merupakan salah satu dari objektif-objektif Islam yang dharuri (mesti) dan hidup ini tidak akan konsisten tanpa unsur-unsur itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF YANG ‘MESTI’
Oleh itu, para ulama’ Islam menamakannya sebagai al-maqosid ad-dharuri (objektif-objektif yang mesti) iaitu menjaga agama, akal, kehormatan, jiwa, harta, kebebasan dan kemuliaan. Masyarakat Islam dibangunkan dengan menjaga perkara-perkara dharuri ini, mereka saling tolong-menolong untuk menjaganya, bahkan ia bertanggung jawab untuk memeliharanya demi kesejahteraan dan kelangsungan masyarakat Islam yang bersih. Antara satu yang logik, ketetapan akal dan hukum-hakamnya yang jelas ialah jika ditegah dan diharamkan sesuatu perkara, maka ditegah juga wasilah(jalan/pendekatan) dan segala sebab-musababnya. Syaria’t Islam itu terbina dengan kebijaksAnaan akal dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah untuk mendapatkan maslahah(kebaikan sejagat), maka sudah tentulah Islam mengharamkan segala wasilah yang membawa kepada suatu yang haram; dan memfardhukan wasilah yang membawa kepada suatu yang wajib.

Oleh sebab pergaulan bebas tanpa batasan dan pendedahan aurat menjadi medium kepada perkara yang haram dan menjejaskan penjagaan salah satu daripada al-maqosid ad-dharuri (objektif-objektif yang mesti) dalam syari’at Islam, maka pada logik dan syari’at sudah pasti etika-etika ditetapkan dalam interaksi sosial dan cara berpakaian adalah menjadi salah satu daripada kefardhuan Islam, adab-adab Islam yang murni dan lambang kebersihan Islam, serta kemuliaan dan ketinggian ISLAM. Apa yang berlaku terhadap wanita di barat, dan menjadi realiti yang biasa di negara kita adalah kecenderungan kepada budaya bogel yang primitif.

LIMA PULUH TAHUN DAHULU ?
Janganlah pula kita menganggap, wanita-wanita di barat semuanya mengikut budaya ‘berbogel’ atau ingin menjadi sedemikian. Seorang wanita tua berbangsa Itali telah berkata ketika dia melihat kesopAnan wanita muslimah: “Sesungguhnya kami seperti itu semenjak lima puluh tahun yang silam.” Seorang pengetua sekolah yang sangat beradab sopan pada nisbah orang-orang barat ditanya: “Kenapa kamu berpakaian begini, sedangkan kamu seorang wanita barat dan berstatus tinggi dalam pendidikan dan keilmuan.” Dia menjawab kehairAnan: “Jika seorang wanita berpakaian seksi bermakna dia telah melakukan sesuatu yang di luar tabiatnya.”

DARJAT MANUSIA BUKANNYA HAIWAN
Islam telah menetapkan bahawa adanya bahagian yang tertentu yang menjadi aurat pada diri lelaki dan juga wanita. Perkara tersebut adalah suatu hukum yang mudah menurut kacamata Islam yang umum; di dalam kehidupan terdapat padanya perkara yang diharuskan dan perkara yang ditegah; dengan perspektif umum Islam yang menggesa agar kita menjauhkan diri dari segala godaan dan perkara yang meransang syahwat; yang bermatlamatkan untuk memuliakan manusia dan meninggikan sifat nalurinya, yang ingin menjadikan kuasa di tangan seseorang dipandu oleh matlamat syari’at dan hukum-hakam akal agar manusia dinaungi dengan kemuliaan. Dan mengangkat darjat manusia daripada semata-mata menjadi seperti haiwan, sekadar makan dan memakai. Perspektif Islam ini mencakupi lelaki dan wanita. Firman Allah SWT yang mafhumnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.” (Surah An-Nur : 30)

Dan firman Allah SWT lagi, mafhumnya:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...” (Surah An-Nur: 31)

SYAHWAT YANG HALAL
Justeru Islam mensyariatkan perkahwinan untuk meraikan kecenderungan seks antara sesama manusia dan membendung segala macam bentuk gejala seksual. Dengan pensyariatan tersebut, insan boleh menyesuaikan dirinya terhadap fitrah seksual dan kecederungan nalurinya dengan cara yang wajar, positif dan terarah… tanpa ada sebarang halangan dan tidak terpengaruh dengan tipu-daya kehidupan, tabiat yang meruncingkan keadaan dan kehendak fitrah yang tidak menentu. Di antara pandangan yang tepat terhadap seksual kita mendapati Islam mengiktiraf syahwat yang halal dan memenuhi kemahuan naluri dengan perkahwinan. Perkara ini juga dianggap sebagai amalan soleh yang melayakkan seseorang itu mendapat keredhaan Allah dan berhak mendapat ganjaran pahala.

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahih, daripada Abu Dzar Radiallahua’nhu, maksudnya:

Beberapa orang dari sahabat Nabi SAW berkata: “Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya memperolehi ganjaran. Mereka sembahyang sepertimAna kami sembahyang. Mereka berpuasa sepertimAna kami berpuasa. Dan mereka juga bersedekah dari lebihan harta mereka.”
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah Allah tidak memperuntukkan kepada kamu suatu yang boleh kamu sedekahkan dengannya? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan La ilaha illallah) adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) adalah sedekah, menyuruh perkara yang baik adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah, dan setiap kali kamu melakukan jimak (dengan isteri kamu) juga adalah sedekah”.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah jika seseorang daripada kita menunaikan syhawatnya ia mendapat ganjaran?”
Rasulullah menjawab: “Tidakkah kamu merasakan suatu dosa jika ia menunaikan syahwatnya dengan cara yang haram?”
Para sahabat menjawab: “Bahkan!!”
Rasulullah menjawab: “Demikian juga apabila ia menunaikan syahwatnya dengan cara yang halal.”

SOPAN PAKAINNYA, SEINDAH PERIBADINYA
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian, tidak pernahkah terlintas difikiran kita betapa anggunnya seorang muslim yang memancarkan sinar Islamnya melalui cara pemakaiannya? Segak, kemas, bersih, cantik, handsome, rugged, dan SOPAN. ANA mentakrifkan SOPAN itu sebagai pakaian yang tidak ketat, tidak pula jarang, selesa sungguh untuk dipandang oleh semua orang, dan yang paling penting sekali menutup aurat! Biar orang yang memandang kita pada kali pertama (first impression) meninggalkan pandangan yang baik pada kita, Kata orang putih: “We cannot stop people to think the way they like and to talk what ever they want.”
ANA ingin bertanya kepada sahabat-sahabat sekalian, “Susah sangatkah hendak berpakaian dengan SOPAN?”. Tepuk dada, tanyalah iman.

Setiap perbuatan baik adalah ibadah, jika kita sandarkan kerana Allah...
Wallahua’lam

One Response so far.

  1. asrarqulub says:

    Cantik Tajuk dia... I like!

Leave a Reply

Bahasa jiwa bangsa. Komenlah dengan berhikmah! C=